Tak Dapat Jualan Walau Telah Setahun Ada Laman Web Jualan..

August 4th, 2009

SOALAN:

Salam zul,

Saya nk bertanya ttg website ni…saya dah ada website tapi x tau mcm mana nk upgrade..n tau mcm mana nk jual produk ni…selama 1 tahun saya publish website saya x pernah pn saya dapat sale dari situ…kenape? apa yg kena saya buat? saya benar2 x tau caranya…

JAWAPAN:

Salam.

Ada banyak sebab kenapa tak dapat sale. Semua orang mampu hasilkan jualan walaupun jual produk yg sama. Cuma soalnya, mengapa kita tidak berjaya hasilkan jualan?

Antara sebabnya:

1. Promosi terus ke laman web jualan. Seeloknya ambil emel prospek dulu dan boleh promosikan kemudian.

2. Ecover atau design web jualan. Tak perlu hebat, tapi cukup kemas dan meyakinkan.

3. Perlu “tweak” selalu terutama bahagian headline salesletter.

4. Tak offer bonus. Pembeli amat suka kalau mereka beli satu produk, tapi dapat juga produk-produk lain secara percuma.

5. Trafik tidak begitu banyak ke laman jualan sebab tidak buat promosi yg “agresif”.

Dan banyak lagi sebab yang lain. Tapi boleh cuba antara kaedah di atas.

Domain, Hosting & Add On Domain

August 1st, 2009

SOALAN:

Salam saudara zul.

Saya baru bercadang nak bina blog/web untuk letak google adsense,baru2 dok baca dan search tutorial dlm internet, rasanya saya memang dah ketinggalan jauh dah.

Byk2 blog saya agak tertarik ngan blog http://jimieray.com/blog/. Adakah 100% dia guna sistem dan tutorial yg anda susun? maksud saya diA guna Pakej Kit Blogger ke?

Sebetulnya saya memang nak beli Pakej kit Blogger saudara. Ada tak caranya untuk saya dapatkan beberapa domain dot com sendiri dan bukan subdomain dengan satu hosting sahaja. Kalau 3 domain dot com yg berlainan pon dah okey dah untuk projek Adsense . Byk2 nanti tak terurus. Kalau boleh saudara tolong bagitau ongkos pertahunnya boleh tak?

Okey. Salam jumaat dari saya.

JAWAPAN:

Salam.

Mengenai blog jimieray tu, pada mulanya memang dia ikut panduan saya. Tapi dalam masa yang saya dia mencuba sendiri beberapa perkara. Kalau nak nampak cantik kemas macam tu, kita perlu cari template blog yang kemas dan baik.

Dan sebenarnya sekarang kalau nak letak macam2 di sebelah tepi blog tu, mudah saja. Kita just drag & drop dan copy & paste.

Pasal domain pula, kalau nak murah, beli saja di netkl.com. Kosnya RM29.95 setahun. Jadi kalau tiga, jumlahnya RM89.85. Hosting pula boleh saja dapatkan netkl dan pastikan beli Pakej Plus RM200 setahun. Tapi kalau nak murah, buat macam ni:

1. Beli domain name di NetkL.com.

2. Bila dah dapat pengesahan dari mereka, beli hosting di sempoihosting. Ambil paling kurang 100MB iaitu RM80.00 (100mb x 0.80sen).

3. Then, minta NAMESERVER dengan pihak sempoihoting dan bila dah dapat, berikan nameserver tu kepada pihak NetKL. Minta pihak NetKL update-kan NAMESERVER di akaun saudara. Kalau saudara tak faham, tak apa, cukup minta mereka tolong sahaja.

4, Kalau semua dah selesai, maka bolehlah memulakan proses buat blog. Kalau ikut step di atas, bermakna domain saudara diuruskan oleh pihak NetKL dan hosting pula oleh sempoihosting. Sebenarnya domain dan hosting ni kita boleh beli di dua tempat yang berbeza sebab kita boleh hubungkan kedua-duanya dengan hanya mempointkan domain name itu kepada server melalui setting nameserver tadi.

Kalau nak tahu lebih pasal nameserver, server, hosting dan lain2 ini, rujuk panduan FTP yang akan disertakan bersama Kit Blogger. Cara pembelian domain dan hosting memang disediakan.

Yang ikhlas,
SmartZul

Bagaimana Cara DVD-kan Video?

July 31st, 2009

SOALAN:

Assalamualaikum wbt diucapkan kpd SmartZul selaku admin beberapa laman sesawang popular.

Maaf jika kehadiran emel ini menganggu tugasan saudara…

Sebagai permulaan bicara ini , saya hulurkan salam perkenalan dan persahabatan kpd saudara SmartZul…

Saya salah seorg peminat produk2 IM yg anda hasilkan dan beberapa produk anda telah saya miliki antaranya KIT BLOGGER , Asas FTP , Sistem DPP , produk2 ini amat amat membantu memberi kefahaman kpd saya selaku newbie.

Terima kasih.

JAWAPAN:

Sebelum saya teruskan, istilah yang kita panggil untuk DVDkan apa2 file seperti video, ebook dan audio ke dalam CD atau DVD adalah WRITE atau BURN. Biasanya lebih femes dipanggil burn.

Saya tak pasti model laptop yang digunakan saudara itu dan termasuk bila ia dibeli (tahun). Tapi kebanyakan laptop sedia ada dengan DVD-Writer. Untuk sahkannya, masuk ke My Computer dan lihat ada tak ikon yang bernama seperti berikut (lebih kurang begini):

DVD/CD-RW DRIVE (X:)

dvd-cd-writer

Jika ada, bermaksud ada fungsi untuk write DVD lah tu.

Sekarang, untuk write atau burn file atau video ke dalam DVD, kita perlu ada software seperti Nero Burner. Boleh download versi trial di sini:

www.softpedia.com/get/CD-DVD-Tools/Data-…]

Kalau tak dapat download kat situ, cuba kat sini:

www.nero.com/enu/downloads-nero9-trial.p…]

Software ni free trial dalam 15 hari saja. Selepas tu kena bayar. Ada lagi software lain yang free, tapi so far, Nero yang bagus. Antara yang free:

http://infrarecorder.org

http://www.cdburnerxp.se/download

Nanti boleh cuba software lain tu lepas dah cuba Nero.

Ok, download dan install software nero tersebut. Cara gunanya agak mudah yang mana:

1. Masukkan DVD kosong dalam DVD Writer di laptop (DVD tray)

2. Pastikan tolak balik tray DVD Writer tu ke dalam laptop. :)

3. Buka perisian Nero dan Select File video yang mahu dimasukkan ke dalam DVD. Lepas siap pilih File, klik Next kalau ada. Kalau tak ada, cuba cari ikon atau menu bernama “Burn”. Biasanya ikon dia gambar api.

4. Then klik menu “Burn” tersebut.

5. Tunggu sampai siap. Dia akan bagitahu bila dah “Finish”.

Apa pun, cubalah beberapa kali untuk menguasai software tersebut. Lama-lama akan biasa lah. Saya dulu pun cuba-cuba saja untuk guna software ni.

CARA LAIN SELAIN GUNA NERO

Atau sebenarnya, kalau guna Windows XP (Vista saya tak pasti), kita boleh guna fungsi sedia ada. Caranya:

1. Masukkan DVD kosong ke dalam DVD Writer.

2. Buka Drive DVD Writer tersebut di My Computer. Saya tak pasti Drive DVD Writer tu di laptop saudara. Mungkin E:, F: atau sebagainya.

3. Copy semua file video yang nak dimasukkan dan paste ke dalam Drive yang dibuka tadi.

4. Klik kanan pada bahagian kosong di Drive tadi dan pilih Burn This Files to CD.. Rujuk imej yang saya attach di emel ini.

5. Tunggu sampai siap.

Itu sahaja. Saya harap penerangan ringkas saya ni kalau tak membantu pun, at least dapat berikan sedikit idea atau gambaran asas.

Selamat mencuba.

Contoh DVD:

http://smartusaha.com/buatweb

Yang ikhlas,
Zul SmartUsaha
www.smartusaha.com

Sistem Affiliate Untuk Produk Fizikal?

July 31st, 2009

SOALAN:

Assalamualaikum.

saya seorang peniaga online. produk pakaian wanita.
slalu yang saya lihat menggunakan sistem affiliate adalah produk ebook. adakah produk yang saya jual sesuai menggunakan sistem affiliate? terima kasih kerana memberi peluang untuk bertanya soalan..

JAWAPAN:

Wa’alaikumussalam.

Boleh. Tapi disebabkan menjual pakaian yang sudah pasti dalam jumlah yang pelbagai jenis, maka digalakkan guna sistem shopping cart.

Kebanyakan sistem shopping cart boleh dikombinasikan sekali dengan sistem affiliate. Kalau guna website biasa, boleh saja. TAPI ia akan jadi cerewet dan menyusahkan pelanggan, termasuk kita sendiri.

Jadi saya sarankan guna shopping cart. Boleh gunakan khidmat mereka yang ada sediakan servis pemasangan. Caj bermula dalam sekitar RM300.00. Caj bergantung kepada spesifikasi yang kita mahu.

Yang ikhlas,
SmartZul
www.SmartUsaha.com

Bagaimana Mempromosi Produk Fizikal?

July 31st, 2009

SOALAN:

Salam Zul,

Kami ada produk fizikal dan kami ada sistem pemasaran.

Apa yang kami xde skrg ni ialah ilmu internet marketing yg btul2 boleh buat sale..

Boleh berikan sebarang cadangan?

JAWAPAN:

Salam.

Produk kesihatan ya? Hmm.. Sudah pasti persaingan agak besar bukan? Apa pun, salah satu cara promosi adalah dengan menggunakan forum. Saranan saya, cuba lakukan promosi di sini:

http://carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=187

Di sana, ramai prospek dan di situ juga ramai penjual dari pelbagai syarikat produk kesihatan. Jadi pandai-pandailah lakukan promosi dengan kreatif.

Jika berminat, boleh dapatkan ebook Kuasa Forum saya di sini:

http://www.kuasaforum.com

Dalam ebook ni, saya tunjukkan langkah bagaimana kita boleh membina kawan dan juga pelanggan di forum. Sedikit tip, di forum ni kita bukan hanya menjual, tapi berikan tip atau artikel percuma. Jika kita jual produk kesihatan, tulis artikel bagaimana cara hidup sihat dan pengambilan makanan tambahan. Atau apa saja artikel yg bermanfaat.

Tip kedua saya, perhatikan cara mereka yang menjual di sana untuk mendapat idea dan penggunaan ayat promosi yang berkesan.

Banyak lagi cara promosi sebenarnya. Tapi boleh cuba kaedah forum terlebih dahulu sebab ia percuma.

*Boleh dapatkan ebook percuma saya di sini mengenai pengiklanan:

http://banner.malaysiasoho.com

Selamat mencuba dan salam sukses.

Yang ikhlas,

SmartZul