Produk Digital Anda Dalam Bahaya...

"Jangan Biarkan Produk Digital Anda Terdedah Kepada Risiko Dicuri Oleh Mereka Yang Tidak Berhak Tanpa Sebarang Perlindungan.

Jika Tidak, Anda Akan RUGI BESAR!"

 

Dari Meja: Mohd Zulfadli (SmartZul)
Re: Elakkan Kecurian Yang Disengajakan Oleh... Anda Sendiri!

 

Salam sejahtera ,

Jika anda seorang penjual ebook, audio, video dan segala jenis produk digital di Internet atau akan mula menjual produk-produk sebegini, anda perlu membaca saranan penting di laman web ini jika TIDAK MAHU rugi besar.

Laman download (download page) adalah satu perkara yang biasa bagi anda di mana di situlah terletaknya material atau item yang dijual untuk didownload oleh pembeli.

Namun, kebanyakan usahawan internet produk digital (mungkin termasuk anda) biasanya tidak melindungi laman download tersebut dengan anggapan tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan atau sikap memperlekehkan perlindungan terhadap page download.

Jangan perlekehkan perkara kecil kerana yang kecil itulah boleh memberikan kerugian yang amat besar. Ruang download yang tidak dilindungi umpama sebuah rumah yang mempunyai pintu, tetapi pintu itu tidak dikunci atau tidak berkunci.

Maka sudah pastilah si pencuri atau perompak mudah sahaja untuk masuk mencuri barangan di dalam rumah itu.

Begitu juga dengan download page, ia adalah tempat rahsia yang anda dan pembeli sah sahaja yang mengetahuinya. Sebaliknya tidak untuk mereka yang tidak membayar. NAMUN, mereka yang tidak berhak itu tetap mendownload produk digital anda kerana...

Anda TIDAK berusaha untuk melindungi walaupun sekadar 1%!


Beberapa Sebab dan Kesan...

Kes 1 (Sikap Tidak Peduli)

Ini adalah kisah benar. Seorang usahawan Internet tidak menggunakan sebarang bentuk perlindungan kepada page download produk yang dijual. Akibatnya, link ke page tersebut dapat diakses oleh sesiapa sahaja walaupun mereka bukan pembeli yang sah.

Kejadian ini berpunca daripada seorang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan link rahsia tersebut. Tapi dalam masa yang sama, usahawan tersebut juga wajar disalahkan kerana tidak melakukan sebarang usaha.

Kerugian BESAR!

Katakan harga produk beliau tersebut ialah RM50.00 dan 25 orang telah mendapatkan produk tersebut tanpa membayar (mencuri!), beliau telah kerugian RM1250.00!


Kes 2 (Sistem/Perisian Yang Mahal)

Kebanyakan usahawan internet produk digital tahu mengenai risiko produk mereka dicuri download. Namun masalah yang sering melanda terutama usahawan yang baru ialah MODAL untuk mendapatkan perisian atau sistem untuk melindungi page download mereka.

Kebanyakan sistem di Internet adalah amat mahal dan tinggi yuran bulanannya. Sudah pasti mereka tidak mampu.

Akhirnya, niat mereka untuk melindungi page download terbantut begitu sahaja. Akibatnya, produk digital mereka berada di dalam risiko untuk dicuri download dengan sewenang-wenangnya oleh ramai orang.


Kes 3 (Sistem Yang Amat Teknikal)

Ini juga salah satu sebab mengapa kebanyakan usahawan produk digital tidak melindungi page download produk mereka, iaitu sistem yang akan digunakan amat teknikal.

Tidak semua orang tahu melakukan perkara teknikal. Akibatnya, sistem tidak dapat dipasang untuk melindungi page download.



Berdasarkan kes-kes yang dinyatakan di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa, antara punca page download tidak dilindungi adalah:

[1] Kesedaran usahawan produk digital tidak begitu tinggi

[2] Sistem perlindungan page download yang mahal

[3] Sistem perlindungan memerlukan kerja teknikal yang susah


Penyelesaian: Sistem DP-Protector!

Sejajar dengan permasalahan itu, akhirnya Sistem DP-Protector telah dihasilkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah dinyatakan!

Dengan sistem ini, anda akan diberikan sebuah Simple System untuk melindungi download page anda. Yang pasti, sistem ini murah, terjamin boleh melindungi page download dan ia mudah untuk digunakan!

Sistem ini amat mudah untuk diguna-pakai, tambahan lagi ia disertakan bersama dengan panduan yang amat mudah untuk difahami.

Dengan sistem ini:

Anda dapat melindungi download page produk digital anda. Sistem ini mempunyai tahap sekuriti yang tinggi juga walaupun tidak 100%. Namun, jika dilakukan teknik kawalan yang disarankan di dalam panduan yang disertakan, tahap kekebalan download page produk anda semakin bertambah tinggi!

Tiada lagi kebimbangan dan keresahan. Anda akan dapat tidur dan beristirehat tanpa perlu risau terhadap keselamatan produk digital anda di Internet.

Tiada lagi kerugian besar. Sudah pasti ini hasilnya. Kurang pencuri, maka kuranglah kerugian anda!

Tiada lagi mereka yang sewenang-wenangnya mendapatkan produk digital anda tanpa membayar. Mereka tidak lagi bermaharaja-lela!

Dapat melindungi laman download produk digital anda dengan beberapa langkah mudah sahaja walau tanpa pengetahuan teknikal yang tinggi!

Tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mendapatkan sistem yang tidak mampu untuk anda miliki.

Anggapkan sistem perlindungan untuk laman download ini seperti kunci pintu. Biasanya si pencuri yang memang mahu pecah masuk ke rumah terpaksa membuka kunci pintu dahulu walau dengan apa cara sekali pun. Ada yang berjaya membukanya, ada yang tidak berjaya.

Begitu juga dengan Sistem DP-Protector ini. Ia adalah KUNCI. Dan kunci ini direka khas dengan pelbagai ciri yang dapat membantu anda melindungi page download daripada dicerobohi.

Bagaimana Sistem Ini Berfungsi? 

Fungsinya amat mudah, tetapi kekuatannya memang terserlah.

Sistem DPP akan membawa individu yang ingin memasuki download page ke laman web lain jika mereka tidak menggunakan URL download yang betul. Laman web lain tersebut disetkan pada file konfigurasi.

Jika mereka tidak berjaya memasuki halaman download, satu emel alert akan dihantar kepada anda sebagai makluman:

Dan jika mereka adalah pembeli yang sah, mereka perlu menghantar emel kepada anda untuk meminta link download yang baru.

Yang pasti, anda hanya perlu lakukan sedikit konfigurasi, upload file sistem dan siap!

 
Apa Kata Mereka Yang Telah
Menggunakan Sistem Ini?

Testimoni 1 #

"Sungguh Mudah Untuk Melakukannya!"

Alhamdulilah, satu sistem mudah yang berjaya dihasilkan oleh saudara
Smartzul. Saya telah mencubanya dan memang mudah untuk memasangnya, tidak sampai 5 minit.

Dan yang penting ianya dapat melindungi laman download produk saya dari dimasuki tanpa kebenaran.

Terus terang, saya selama ini tidak pernah menggunakan apa jua software atau sistem untuk melindungi laman download produk digital saya. Dan kini, saya bolehlah menggunakannya. Dan yang penting, ianya dihasilkan oleh anak Malaysia.

Tahniah kepada saudara Smartzul. Saya berharap ada lagi produk atau sistem yang akan dihasilkan oleh beliau. 

Mazlie Nadzri,
PanduanHTML.com

 

Testimoni 2 #

"Satu Sistem Perlindungan Yang Mantap!"

Ramai yang beranggapan bahawa download page mereka sudah selamat, tapi ramai yang tidak tahu, ruangan download page mereka dapat diceroboh dengan mudahnya, malah link download mereka juga boleh didapati di search engine jika tidak berhati-hati.

Apa yang anda perlu ialah satu sistem keselamatan yang mampu mencegah penceroboh dari mengakses ruangan download anda tanpa membayar dan mengelakkan dari kerugian besar.

Walaupun demikian, sudah pelbagai sistem keselamatan saya cuba (meskipun tidak semua menjamin perlindungan ke tahap 100%), tapi saya tak pernah melihat sistem perlindungan yang mantap seperti ini.

Di samping mampu mengelakkan dari pencerobohan melalui link secara terus ke ruangan download, apa yang saya suka melalui sistem DP-Protector ini ialah, sistem ini mampu menghantar fungsi 'Alert' ke emel kita apabila ada seseorang yang cuba memasuki download page secara tidak betul atau mencuri masuk.

Jika ia melibatkan keselamatan produk anda, saya rasa sistem DP-Protector ini memang berbaloi untuk dimiliki.

Nurul (LuvLee),
Cheapest-Design.com

 

Testimoni 3 #

"Saya Amat Syorkan Sistem Ini!"

Dah lama saya cari satu sistem yang boleh melindungi download page porduk saya. Masa mula-mula download tu ingatkan sistem DPP ni sama macam satu sistem download page yang ada dalam simpanan saya yang susah dan rumit nak buat serta perlukan database (mysql). 

Tapi setelah membaca manual pemasangan tu rupanya senang je nak pasang. Tak perlu pun mahir atau tahu HTML. Dalam masa tidak sampai 3 minit download page produk saya telah dilindungi dengan sistem ni. 

Antara kegunaan lain yang saya suka sistem DPP ni ada kita tak perlu lagi nak namakan download page tu dengan nama yang pelik. Selain itu, kalau ada orang nak buka download page tersebut tanpa kebenaran dia akan dibawa terus ke laman page utama. Kita bukan saja dapat halang produk kita dari dicuri tapi dalam masa yang sama kita boleh jual kepada mereka.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang ada menjual produk digital tu saya syorkan dapatkan sistem ni. Sistem yang dapat melindungi pendapatan anda dan menigkatkan keuntungan anda.

Yang Ikhlas,

Kasimo
PakejLumayan.com

 

Masih Tidak Berpuas Hati?
Baca Lagi Testimoni Berikut:

Testimoni 4 #

"Satu Sistem Yang Mudah Dipasang!"

Syabas untuk Zul kerana telah mencipta satu Sistem yang mampu mencegah laman download anda dari terdedah kepada umum dan menghindarinya dari dicerobohi oleh sesiapa sahaja.

Satu sistem yang mudah untuk dipasang - saya mengambil masa kurang dari 20 minit untuk memasangnya dan saya telah pun memasang sistem ini pada 2 produk saya dan salah satunya saya berjaya gabungkan dengan script protector yang lain tanpa sebarang masalah malah semakin mantap sistem keselamatan laman download saya.

Terima kasih Zul.

Ahmad Syaifuddeen,

www.headerscreator.com
www.binaminisite.com
 

Testimoni 5 #

"Apa Yang Tidak Dijangka, Kekadang Akan Berlaku Juga!"

Bayangkan... segala usaha yang anda lakukan , akan mudah sahaja orang lain mengambil kesempatan; dalam sekelip mata pula tu!

Nah! Sekarang, anda tidak ada masalah lagi... DP-Protector dapat mengelakkan itu semua. Panduan terkini Zul ini semudah makan kacang! Senang!

Antara terpenting... langkah ke-5! Dan... fungsi alert yang disediakan! Ah-ha! Anda pasti mengerti apa yang saya maksudkan ini dengan memilikinya sendiri! :)

Copernicus,
PeluangIM.com

 

Testimoni 6 #

"Memang Mudah!"

Menyembunyikan page download memang penting dan merupakan perkara yang wajib tahu bagi sesiapa yang menjalankan perniagaan digital.

Sebelum ini, saya pernah mencuba satu kaedah untuk menyembunyikan page download tetapi hasilnya kurang memuaskan kerana pembeli jarang-jarang nak simpan password yang diberikan untuk akses ke page download.

Lalu saya tercari-cari macam mana nak berikan kemudahan kepada saya dan pembeli. Akhirnya saya jumpa jawapan tersebut dengan Sistem DPP ini.

Saya yang tak mahir dengan HTML pun boleh gunakannya dan yang paling penting, page download saya selamat!

Terima kasih Zul kerana mengeluarkan sistem yang diperlukan semua peniaga produk digital ini! :)

AmmarZahar,
RahsiaNewbie.com

 

Testimoni 7 #

"Pembelian Anda Dijamin Berbaloi!"

Bagi seorang usahawan internet yang menjual produk digital seperti saya, pencerobohan pada halaman download merupakan suatu yang ancaman yang amat merisaukan saya. Sudah tentu saya akan terpaksa menanggung kerugian jika halaman ini dicerobohi orang yang tak bertanggungjawab.

Saya ucapkan terima kepada saudara Zul di atas produk yang sangat bernilai seperti ini.

Jika anda inginkan keselamatan halaman download anda terjamin, maka saya amat menyarankan anda mendapatkan Sistem DP-Protector sekarang juga. 

Saya jamin pembelian anda berbaloi!

Terima kasih.

Syed Hafidz,
RajaAffiliate.com

Daripada pengakuan para usahawan internet produk digital di atas, sudah memadai untuk membuktikan yang Sistem DP-Protector amat membantu melindungi produk digital mereka di Internet. Malah, jiwa dan fikiran mereka pun semakin lega!

Jika anda menjual ebook di Internet, atau apa sahaja jenis dan bentuk produk digital, sistem perlindungan adalah WAJIB. Jangan menangguh-nangguh kerana sistem ini telah wujud di hadapan mata anda.

Ingat, usaha sekali akan menggagalkan mereka yang tidak bertanggungjawab di dalam mencuri produk anda di Internet. Tanpa sebarang usaha, sudah pasti anda akan RUGI BESAR.
 

Testimoni 8 #

"Sistem Yang Amat Berguna.."

Sistem DPP ini memang bagus untuk melindungi halaman page download anda. Penerangan secara langkah demi langkah juga ada diterangkan. 

Bagi saya memang ianya satu sistem yang amat berguna untuk melindungi halaman page download anda. Dengan adanya sistem kod sekuriti di dalam Sistem DPP ini, ia nampak lebih profesional dan lebih selamat.

Muhammad Suhaimi,
DownloadPercuma.com

 

Testimoni 9 #

"Saya Amat Berpuas Hati!"

Pertamanya saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Saudara Zul kerana telah berjaya mencipta satu sistem yang dapat melindungi download page produk digital dari diakses tanpa kebenaran.

Saya telah mencuba sistem ini pada download page produk digital saya dan saya berpuas hati dengan fungsi sistem ini. Sistem ini nampak simple tetapi berkesan. Saudara Zul telah menunjukkan langkah demi langkah bagaimana cara untuk melindungi download page anda.

Kini saya tidak perlu risau lagi tentang download page kerana ia telah dilindungi dengan Sistem DP Protector. Kepada pelanggan produk digital dari saya, anda juga secara tidak langsung akan mengetahui keberkesanan sistem ini.

Saranan saya terutama kepada yang belum pernah melindungi download page dari 'dicuri', dapatkan Sistem DP Protector dan rasai keberkesanannya.

Nayan Mohd
PanduanAutoresponder.com

 

Testimoni 10 #

"Mudah, Praktikal dan Berkesan!"

Hanya 5 minit diperlukan untuk anda melindungi download page produk digital anda daripada dapat ditembusi oleh segelintir pengguna Internet yang tidak bertanggungjawab.

Ikhlas saya katakan, download page saya sebelum ini tidak menitik beratkan langsung tentang security namun kini tidak lagi dengan Sistem DP Proctector ini.

Dengan panduan langkah demi langkah yang simple saya dapat melindungi download page saya yang sebelum ini sangat mudah untuk diceroboh. Sekurang-kurangnya kita dapat mengajar segelintir mereka yang tidak beretika ini tentang betapa berharganya produk yang kita hasilkan.

Adly (Labanon),
FlareBiz.com


Dapatkan Sistem DP-Protector Sekarang Juga!

Hanya RM15.00 Sahaja!
(Personal Use)

[Klik Di sini Untuk Membeli]

 

Kini tiada sesiapa lagi yang dapat menghalang pencuri produk digital daripada bermaharajalela melainkan diri anda sendiri! Usah menyesal di akhir kejadian tanpa sebarang usaha.

Bertindak sekarang!

 

Yang Ikhlas,


Mohd Zulfadli (SmartZul)
www.SmartUsaha.com
Internet Infopreneur

PS. Labur HANYA RM15.00 untuk mengelakkan kerugian beribu-ribu ringgit!

PPS. Jangan salahkan pencuri produk digital jika anda tidak melakukan sebarang usaha perlidungan! Dapatkan Sistem DP-Protector pada hari ini juga.

 

 

| Pembelian | Penafian | Hakcipta | Hubungi Kami |

Hakcipta Terpelihara InspirasiMaya.com