Terma dan Syarat Pembelian

Berikut adalah terma dan syarat untuk produk "Ebook Panduan Asas HTML ". Dengan setiap pembelian produk ini, secara automatik anda terikat sepenuhnya terhadap perkara-perkara tersebut.

1. Harga tetap untuk produk ini adalah RM30.00, melainkan jika pihak kami, PanduanHtml.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

2. Harga RM30.00 adalah untuk ebook sahaja. Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga produk ini.

3. Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Produk ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web flashtutorialmalaysia.com atau daripada reseller yang berdaftar sahaja.

4. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.

Jaminan Pulangan Wang

Tiada jaminan wang dipulangkan untuk produk digital ini.

Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook

1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.

2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.

3. Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.

4. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.

5. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat didownload dengan sempurna. Maka, ia adalah di luar daripada bidang kuasa kami. Jika ia berlaku, anda perlu mencuba sehingga dapat atau kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.

- Tamat Terma & Syarat -

Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Ebook Panduan Asas HTML ini.

Jika tidak bersetuju, anda tidak digalakkan membeli Ebook Panduan Asas HTML ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.

 

| Pembelian | Penafian | Terma & Syarat | Hubungi Kami