Tag Archives: Tip Pemasaran Facebook

Tip FBM [15] Gambar Produk Fizikal

Produk fizikal adalah seperti pakaian, peralatan elektronik, buku, tudung dan sebagainya.

Menjual produk-produk sebegini perlu disertakan dengan gambar-gambar sebenar dan diambil dari pelbagai sudut (jika perlu). Elakkan mengguna gambar yang telah diedit secara profesional atau diambil dengan kaedah studio.

Jika produk itu adalah barangan terpakai (second hand), maka perlu tunjukkan sepenuhnya gambar produk itu agar bakal pembeli tahu keadaan sebenar termasuklah jika ada calar, koyak dan sebagainya.

Tip: Agar gambar kita tidak dicuri oleh peniaga lain, letakkan nama bisnes kita atau nama domain kita pada gambar itu. Gunakan perisian grafik atau sistem online percuma seperti di sini (pilih salah satu):

http://www.watermarktool.com

http://picmarkr.com

Tip FBM [7] External Promotions

Sebelum ini kita telah mempelajari cara mempromosikan Profile dan Page FB kita hanya melalui Facebook sahaja. Atau dalam kata lain, secara “internal”. Namun usaha mendapatkan ‘peminat’ untuk klik Like Page kita juga perlu dilakukan dengan cara ‘promosi luaran’.

Di antara cara-caranya adalah seperti menggunakan blog, forum dan jika mahu, boleh juga gunakan iklan. Sebagai contoh, kita letakkan ‘kotak Page’ di tepi (sidebar) blog kita. Apabila pembaca melihatnya, mereka hanya perlu klik Like di situ sahaja tanpa melayari Facebook.

Dapatkan Widget (kod) kotak tersebut di sini:

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box

Layari blog berikut untuk melihat contohnya: http://blog.smartusaha.com

Tip FBM [3] – Tetapkan Matlamat

*FBM – Facebook Marketing

Tetapkan Matlamat

Dalam usaha Marketing di FB, kita perlu ada MATLAMAT. Contohnya:

Berapa banyak jumlah transaksi (RM atau jumlah stok produk) yang kita mahukan pada setiap bulan?

Berapa orang pembeli pada setiap bulan?

Berapa orang ‘fans’ (untuk page) yang kita mahu dapatkan pada setiap hari atau minggu?

Dengan adanya matlamat, maka kita lebih mudah untuk merancang usaha yang perlu dilakukan.

Umpama kita memandu kereta dan kita tahu destinasi tujuan, kita akan lebih mudah merancang perjalanan.

21 Tip Pemasaran Facebook Untuk Usahawan

1. Walau apa tujuan menyertai Facebook, utamakan asasnya iaitu ‘networking’. Atau dalam kata lain, berkenalan, bersosial, berkomunikasi dan ada interaksi.

2. Mesti mampu membuatkan orang jelas dengan diri kita seperti apakah produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Hal ini amat wajib dan penting. Jika tidak, kita akan ‘tenggelam’.

3. Di laman web sosial, orang lebih suka melihat apakah yang kita lakukan dari semasa ke semasa. Jadi gunakan fungsi seperti Photos dan Video sebaik-baiknya.

4. Sertai Group yang berkaitan dan Add ahli-ahli di Group itu sebagai Friend kita. Beritahu mereka bahawa kita juga adalah ahli kepada Group tersebut. Ini adalah salah satu cara untuk menambah kawan tanpa membuatkan mereka ragu siapakah kita.

Continue reading