Tag Archives: Pemasaran Facebook

Tip FBM [15] Gambar Produk Fizikal

Produk fizikal adalah seperti pakaian, peralatan elektronik, buku, tudung dan sebagainya.

Menjual produk-produk sebegini perlu disertakan dengan gambar-gambar sebenar dan diambil dari pelbagai sudut (jika perlu). Elakkan mengguna gambar yang telah diedit secara profesional atau diambil dengan kaedah studio.

Jika produk itu adalah barangan terpakai (second hand), maka perlu tunjukkan sepenuhnya gambar produk itu agar bakal pembeli tahu keadaan sebenar termasuklah jika ada calar, koyak dan sebagainya.

Tip: Agar gambar kita tidak dicuri oleh peniaga lain, letakkan nama bisnes kita atau nama domain kita pada gambar itu. Gunakan perisian grafik atau sistem online percuma seperti di sini (pilih salah satu):

http://www.watermarktool.com

http://picmarkr.com

Teknik Pemasaran Facebook

Berikut adalah beberapa tip ringkas teknik pemasaran Facebook:

1. Pemasaran di Facebook bukan mengenai berapa banyak masa yang diluangkan di Facebook, tetapi ia mengenai apakah cara yang kita gunakan. Semestinya cara yang berkesan.

2. Gunakan kesemua kaedah yang Facebook sediakan, daripada personal profile, Page dan juga Group. Setiap kaedah itu memiliki kelebihan dan tujuan tersendiri.

3. Jika mendapat feedback positif daripada pelanggan, letak testimoni/feedback itu di Facebook. Ia dapat meyakinkan pelanggan-pelanggan baru.

4. Jika menjual produk fizikal seperti pakaian, gajet elektronik, makanan kering dan sebagainya, letakkan gambar yang sebenar dan bukan gambar yang telah diedit atau dipercantikkan dengan perisian tertentu.

5. Satu cara mudah untuk belajar teknik pemasaran Facebook adalah melihat usahawan yang mendapat jualan dan respon yang baik di Facebook Page mereka. Lihat apa yang mereka tulis atau buat di Page mereka.

Teruskan melawati blog ini untuk mengetahui teknik-teknik pemasaran Facebook yang lain.

Kesilapan Besar Pertama FB Marketing!

Penting: Artikel ini dilindungi oleh Akta Hakcipta. Boleh kongsi di blog tuan/puan TETAPI dengan meletak link URL artikel ini sahaja. Terima kasih.

http://smartusaha.com/notafacebook/193/silap-besar-fb-marketing/

Mukadimah

FB terdiri daripada tiga bahagian iaitu Personal Profile, FB Page dan FB Group.

Yang kita gunakan pada setiap hari untuk update status, Setting akaun FB dan sebagainya, itu adalah Personal Profile. Contoh Personal Profile:

>>> http://www.facebook.com/mohdzulfadli?sk=info

Tip Personal Profile: Gunakan untuk menambah kenalan dan bakal pelanggan yang berpotensi sahaja. Kedua, isi ruangan info dengan lengkap. Ia umpama ‘online resume’ kita. Add juga individu-individu yang boleh memberikan peluang keemasan kepada kita seperti CEO Syarikat, pihak media, wartawan dan sebagainya. Info yang kita masukkan itu amat memainkan peranan.

Manakala FB Page adalah seperti laman web untuk mempromosikan bisnes kita. Bezanya dengan Personal Profile adalah, ia tiada limit. Berjuta-juta orang boleh Like (berada) dalam senarai Page itu. Berbanding Personal Profile, ia hanya boleh Add 5000 orang sahaja.

Continue reading

Tip FBM [8] Tujuan Yang Jelas

Sebelum memulakan sebarang proses pemasaran di Facebook, kita perlu jelas dengan MATLAMAT atau TUJUAN utama kita melakukannya. Seperkara yang perlu difahami, FB Marketing bukan hanya untuk perniagaan Online sahaja, malah untuk perniagaan Offline juga seperti kedai makan, restoran dan sebagainya.

Setiap usahawan mempunyai tujuan yang berbeza. Di antara tujuan-tujuan tersebut adalah seperti:

1. Mendapatkan trafik (pelawat) ke blog atau laman web jualan.
2. Menjual produk terus melalui Facebook.
3. Mendapatkan Subscriber untuk Email Marketing (LIST).
4. Menambah kenalan (rakan).
5. Networking (berkenalan dan bekerjasama dengan usahawan / perniagaan lain).
6. Menampilkan kepakaran diri agar mendapat perhatian pihak media, wartawan atau syarikat penerbitan.
7. Branding. Menyebar luaskan lagi jenama bisnes melalui Facebook agar mendapat lebih banyak bakal pelanggan.
8. Mencari bakal-bakal agen / pengedar.

Paling kurang kita perlu mempunyai satu tujuan dan boleh mempunyai lebih daripada satu. Namun disarankan, perlu mempunyai SATU tujuan UTAMA. Contohnya, menjual di Facebook. Manakala yang lain-lain itu hanya sebagai sampingan sahaja. Yang utama itu perlulah difokus pada setiap hari.

Dengan mempunyai satu tujuan utama, maka kita akan lebih fokus dan mempunyai banyak masa untuk merancang strategi dan tindakan.

Tip FBM [7] External Promotions

Sebelum ini kita telah mempelajari cara mempromosikan Profile dan Page FB kita hanya melalui Facebook sahaja. Atau dalam kata lain, secara “internal”. Namun usaha mendapatkan ‘peminat’ untuk klik Like Page kita juga perlu dilakukan dengan cara ‘promosi luaran’.

Di antara cara-caranya adalah seperti menggunakan blog, forum dan jika mahu, boleh juga gunakan iklan. Sebagai contoh, kita letakkan ‘kotak Page’ di tepi (sidebar) blog kita. Apabila pembaca melihatnya, mereka hanya perlu klik Like di situ sahaja tanpa melayari Facebook.

Dapatkan Widget (kod) kotak tersebut di sini:

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box

Layari blog berikut untuk melihat contohnya: http://blog.smartusaha.com