Tag Archives: Buat Duit Dengan Facebook

Tip FBM [15] Gambar Produk Fizikal

Produk fizikal adalah seperti pakaian, peralatan elektronik, buku, tudung dan sebagainya.

Menjual produk-produk sebegini perlu disertakan dengan gambar-gambar sebenar dan diambil dari pelbagai sudut (jika perlu). Elakkan mengguna gambar yang telah diedit secara profesional atau diambil dengan kaedah studio.

Jika produk itu adalah barangan terpakai (second hand), maka perlu tunjukkan sepenuhnya gambar produk itu agar bakal pembeli tahu keadaan sebenar termasuklah jika ada calar, koyak dan sebagainya.

Tip: Agar gambar kita tidak dicuri oleh peniaga lain, letakkan nama bisnes kita atau nama domain kita pada gambar itu. Gunakan perisian grafik atau sistem online percuma seperti di sini (pilih salah satu):

http://www.watermarktool.com

http://picmarkr.com

Kuasa Facebook Chat

Penting: Artikel ini dilindungi oleh Akta Hakcipta. Boleh kongsi di blog tuan/puan TETAPI dengan meletak link URL artikel ini sahaja. Terima kasih.

http://smartusaha.com/notafacebook/191/facebook-chat/

FB Chat

Adalah amat menguntungkan jika para peniaga atau usahawan menggunakan fungsi FB Chat dengan berkesan, melainkan jika sudah tidak suka berchatting, itu lain cerita. Tetapi, chatting adalah kaedah terpantas untuk berbincang dan menjawab soalan-soalan daripada pelanggan! Tidak seperti emel ataupun melalui Inbox, ia memakan masa.

Bagaimana menggunakan fungsi Chat dengan baik? Berikut beberapa tip yang boleh dipraktikkan:

1. Buat Group khas untuk mereka yang berminat menjadi pelanggan sahaja. Suruh mereka join Group tersebut. Bagi kita para peniaga, mereka yang berdaftar di Group itu lebih targeted! Maksudnya, jika kita menjelaskan dengan baik segala pertanyaan mereka, peratusan besar mereka akan menjadi pembeli.

Kedua, kita tidak diganggu oleh ribuan rakan FB yang lain. Hanya ahli Group sahaja boleh berchatting dengan kita. Walaupun rakan FB lain boleh menyapa kita di bahagian Chat, tapi kita boleh abaikan dan hanya fokus kepada Group Chatting sahaja.

*Kelebihan Group chat adalah, bagi ahli Group yang pilih setting untuk terima ayat-ayat perbualan dari awal hingga akhir, mereka akan terima melalui emel. Hebat bukan? ^_^’

Facebook Chat Group

Facebook Chat Group

*Perlu ON-kan fungsi Chat (bulatan merah) untuk memastikan ahli Group dipaparkan di ruangan Group Chat.

Facebook Group Chat

*Klik untuk paparan yang lebih besar.
**Ruang Chat. Klik pada Pop out Chat pada bahagian Options, untuk besarkan.

2. Tentukan masa untuk kita Online-kan fungsi Chatting. Contohnya jam 10.30-11.00 pagi, 2.30-3.00 petang dan 9.30-10.00 malam. Kesemua waktu Chatting adalah selama 30 minit atau satu jam sahaja (sebagai contoh). Dan terpenting, slot masa itu hanya untuk perbualan bisnes sahaja.

3. Buat temujanji dengan pelanggan/bakal pelanggan. Hari apa dan jam berapa untuk mereka ber-chatting dengan kita. Tetapkan juga tempoh masa seperti 15 minit atau sebagainya untuk setiap temu janji agar kita tidak membazir masa.

4. Fokus kepada persoalan yang berkaitan dengan produk dan bisnes sahaja agar chatting akan menjadi lebih produktif. Elakkan perbualan (chatting) yang tidak memberi apa-apa manfaat (borak kosong).

5. Kumpulkan soalan-soalan yang ditanya dan masukkan ke dalam ruangan Discussion ataupun Notes di Page produk/bisnes anda. Jika ada soalan yang sama di lain masa, berikan sahaja URL untuk soalan + jawapan tersebut.

Dengan cara-cara di atas, maka tiada lagi alasan untuk tidak menggunakan Chat bagi salah satu cara berinteraksi dengan pelanggan.

Motivasi: Takut untuk berkomunikasi secara Live? Cuba tanya soalan ini: Mengapa takut? Tiada jawapan bukan? Kalau ada pun, ia hanyalah alasan semata-mata. Maka tidak ada sebab untuk kita takut.

Selamat mencuba! 😉

Tip FBM [4] Kongsikan Tip Ringkas

Semua orang boleh menulis. Kita sebagai usahawan tidak perlu menulis panjang-panjang untuk berkongsi sesuatu maklumat. Yang penting ia difahami.

Dengan berkongsi tip-tip dan panduan percuma walaupun ringkas, ia memberi kesan yang baik terhadap bisnes kita.

Tip FBM kali ini: Gunakan fungsi Notes di FB anda atau di FB PAGE untuk menulis tip-tip percuma walaupun ringkas.

Contohnya sekarang, ramai yang berniaga pakaian. Jadi, apakah panduan yang boleh dikongsikan? Di antaranya:

  • Cara menjaga pakaian agar lebih tahan lama
  • Cara melipat pakaian
  • Cara membasuh pakaian dengan betul
  • Cara membeli pakaian agar tidak tertipu
  • dan banyak lagi…

Dengan berkongsi panduan sebegini, kita lebih mudah didekati pelanggan. Inilah salah satu cara untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap kita.

Tip Menulis:

1. Di bahagian bawah artikel, nyatakan begini: Hakcipta Terpelihara (c) NamaPerniagaan_Anda. Ini bagi memastikan tiada sesiapa yang menyalahgunakan artikel kita. Contoh:

Hakcipta Terpelihara (c) XYZ Baju Marketing. Tidak diizinkan mengambil artikel ini tanpa kebenaran. Tapi boleh kongsi dengan guna fungsi SHARE.

2. Di dalam artikel, sebutkan beberapa kali nama bisnes anda atau selitkan satu atau dua kali nama produk anda. Contoh:

Kali ini, kami dari XYZ Baju Marketing akan kongsikan tiga tip mudah cara untuk memastikan pakaian kita tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.

Dengan menyatakan nama bisnes atau produk, orang lain sedikit sukar untuk mencuri artikel kita dan menggunakannya di blog mereka. Hehehe… 😉

Selamat mencuba!