Category Archives: Tip Mudah FB

Tip FBM [14] Klik Like!

Jika ditanya, apakah cara termudah untuk melakukan promosi atau marketing di FB, jawab saya adalah klik Like!

Dengan klik Like pada status rakan kita, foto, imej, notes dan video yang mereka masukkan di Wall mereka, ia dapat membuatkan rakan atau orang itu ‘sukakan’ kita. Bermaksud, mereka menganggap kita menyokong mereka.

Dari aspek bisnes, ia dapat membuatkan kita dianggap sebagai seorang usahawan yang berintegriti. Selain itu, mereka akan masuk ke Wall kita juga. Kalau mereka tidak membeli, sekurang-kurangnya mereka mendoakan kejayaan kita.

Tip FBM [13] Komen, Komen, Komen!

Kelebihan memberikan komen yang bernas dan dengan bahasa (penulisan) yang baik adalah:

1. Orang akan Add kita sebagai Friends.

2. Kita dilihat sebagai pakar dan tahu.

3. Mereka akan rekemenkan kita kepada rakan-rakan mereka jika rakan mereka itu ada masalah berkaitan.

Tip menulis komen:

1. Gunakan bahasa yang baik dan jelas difahami.

2. Elakkan perkataan yang kasar sebab walaupun rakan kita kenal kita, tapi ribuan rakannya belum pasti mengenali kita! Jadi ambil langkah berhati-hati dan pertengahan dalam hal ini.

3. Utamakan menjawab soalan yang berkaitan dengan bidang kita.

4. Elakkan ayat-ayat yang boleh mengguris hati. Kalau ragu-ragu, cukuplah klik Like sahaja.

5. Jawab atau komen yang berkaitan dengan topik yang dikeutarakan sahaja.

Tip FBM [12] Bagaimana Menjenamakan Diri?

Untuk menjenamakan diri di Facebook, salah satu cara mudahnya adalah dengan sentiasa menggunakan perkataan yang paling utama dalam bidang kita. Contoh:

1. Bidang penulisan dan penjualan ebook. Kata kunci: ebook

2. Bidang pakaian. Kata kunci: pakaian

3. Bidang motivasi. Kata kunci: motivasi

4. Bidang kesihatan. Kata kunci: kesihatan

Jadi, apa yang perlu kita lakukan adalah, sentiasa menulis perkataan utama tersebut dalam setiap penulisan kita di Facebook. Lama-kelamaan, kita akan dianggap sebagai pakar dalam bidang tersebut.

Contohnya, saya sekarang memfokus kepada beberapa perkara iaitu Perniagaan Internet, Pemasaran Internet dan FB Marketing. Contoh ayat yang dimasukkan di Facebook:

Tip FB Marketing | Tulis sesuatu yang berkaitan bidang kita sahaja. Elakkan menulis perkara yang tidak kita terlibat secara langsung.

Tip Perniagaan Internet | Cara mudah mengkaji pasaran adalah dengan melihat carian di Google. Gunakan Keyword Tools yang disediakan oleh pihak Google.

Tip Pemasaran Internet | Salah satu cara promosi yang percuma dan berpanjangan adalah teknik viral marketing dengan menggunakan ebook percuma. Benarkan pembaca menyebarkan ebook itu. Dalam ebook tersebut, letak link URL laman web produk atau blog anda.

Tidak semestinya anda memulakan seperti di atas dengan perkataan ‘tip’. Apa jua bentuk penulisan anda, masukkan sekurang-kurangnya sekali perkataan utama bidang anda. Contohnya, anda ceritakan apa yang telah anda lakukan: “Baru hantar tempahan pakaian kepada customer.”, “Baru send emel download ebook FB Marketing kepada pembeli. Alhamdulillah, ramai yang berminat dengan FB Marketing.”

Dengan sentiasa mengulangi perkataan-perkataan utama itu, maka orang akan mula memberi ‘maksud’ atau identiti kepada anda, bahawa anda adalah usahawan yang berkaitan dengan bidang tersebut. Andaikata di FB mereka hanya anda yang kerap bercerita mengenai bidang itu, maka anda pasti akan dianggap sebagai ‘hebat’ dan ‘pakar’.

Hati-hati! Elakkan terlalu kerap menulis sesuatu di luar daripada bidang kita. Nanti pembaca akan salah anggap kita sebagai pakar dalam bidang tersebut. Ini berlaku kepada saya di mana saya sering menulis tip motivasi. Akhirnya, saya banyak menerima keluhan dan aduan berkaitan motivasi dan kehidupan. Oh…..

Selamat berusaha!

Dapatkan panduan Mudahnya Berniaga di Facebook.

Tip FBM [11] Dua Perkara Kritikal

Dalam usaha melalui FB Marketing, ada dua perkara penting bagi mereka yang menjual produk atau perkhidmatan di Facebook:

1. Produk terjual

2. Menyimpan maklumat prospek & pelanggan

Tidak guna jika kita mempunyai beribu-ribu Friends atau ahli di Page, tetapi seorang pun tidak menjadi pembeli kepada produk kita. Malah, seorang pun tidak kita memiliki nama dan emel mereka.

Seorang usahawan ada berkata, jika perniagaannya musnah, beliau tidak takut kerana beliau mempunyai ‘List’ (senarai pelanggan dan prospek). Kalau beliau bankrap, beliau boleh bangkit kembali dengan mempromosikan produk baru kepada senarai itu.

Jadi, mulai hari ini, jika tidak berjaya menjual pun, sekurang-kurangnya kita mengambil nama, emel dan No. H/P mereka agar kita dapat follow up melalui emel ataupun SMS pada bila-bila masa yang kita mahu.

Tip FBM [10] Discussion

Di laman PAGE, ada satu bahagian bernama Discussion. Soalnya, apakah kegunaannya untuk kita yang melakukan bisnes ini?

Mudah sahaja. Salah satu kegunaannya adalah kita kumpulkan soalan-soalan yang lazim ditanya oleh bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada. Jadi, setiap kali ada orang baru yang bertanya soalan sama, kita berikan sahaja link ke soalan di bahagian Discussion itu.

Selain itu, pelanggan juga boleh membuka persoalan di bahagian tersebut dan kita boleh menjawabnya terus di situ.

Sebagai pemilik perniagaan pula, kita boleh membuka apa jua topik berkaitan sebagai usaha untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Ini salah satu usaha untuk merapatkan jurang yang terbentuk sebelum ini. Akhirnya, mereka akan selesa dengan kita. Itulah titik pertemuan yang akan memudahkan kita menjual.

Tip Tambahan: Sebarkan di Wall untuk mana-mana perbincangan menarik di bahagian Discussion! Letak juga di Wall Personal Profile.