Category Archives: Tip Mudah FB

7 Ciri Facebook Page Yang LENGKAP untuk Bisnes

Facebook Page yang lengkap untuk bisnes adalah:

1. Guna nama Facebook Page yang tepat.

2. Ada cover photo yang berkaitan dengan bisnes.

3. Ada profile picture. Tip: Letak logo bisnes

4. Bahagian Info yang lengkap mengenai bisnes/perkhidmatan. Wajib meletak nama dan nombor perniagaan yang didaftarkan di SSM.

5. Menyediakan cara untuk pelanggan menghubungi atau cara menempah produk/perkhidmatan. (Tip: Gunakan Note, custom tab ataupun pada bahagian Info)

6. Sudah ada beberapa post update sebelum page mula dipromosikan.

Inginkan panduan yang lengkap melakukan perniagaan di Facebook? Dapatkan video panduan Mudahnya Berniaga di Facebook.

ps. Sebarkakan tip di atas dengan klik Like di bawah. 😉

Tip Facebook untuk usahawan

Terdapat tiga elemen utama di Facebook, iaitu Profile, Page dan Group. Setiapnya mempunyai kegunaan tersendiri, seperti cadangan berikut:

1. Facebook Profile – Untuk bina jaringan dengan usahawan lain. Kita akan mengenali usahawan lain yang mempunyai kepakaran tersendiri sama ada kita yang memerlukannya, ataupun yang klien kita perlukan.

Kita boleh add seberapa ramai Friends yang kita mahu, dan jika kita tidak selesa dengan penulisan mereka, kita boleh “hide” sahaja mereka tanpa remove. Berikan mereka peluang, dan berikan juga kita peluang untuk menyampaikan mesej kita kepada mereka.

2. Facebook Page – Untuk bina jenama, kredibiliti dan pengikut setia. Juga untuk menjual.

3. Facebook Group – Untuk kembangkan lagi jenama dan bisnes. Banyakkan perkongsian di sana. Boleh juga guna FB Group untuk “kelab eksklusif” kita sendiri sama ada untuk pelanggan sahaja, individu terpilih dan seumpamanya..

Tip untuk fokus: Luangkan 5 hingga 15 minit sahaja untuk satu sesi online FB. Dalam tempoh itu, apakah perkara yang paling penting untuk kita lakukan? Tamat sahaja masa, terus keluar (logout) dan mulakan kerja lain pula.*

Jika perlu, buat senarai “to do” khas untuk aktiviti FB kita. Senaraikan aktiviti yang utama sahaja. Tampal di hadapan meja kerja agar kita sentiasa ingat perkara yang perlu dan penting sahaja.

*Keperluan setiap orang adalah berbeza. Bagi mereka yang 100% berniaga di FB, mungkin mereka perlukan beberapa jam sehari. Pepatah berbunyi, “Ukur baju di badan sendiri.”

Cara Mempromosi ‘Soft Product’ dan ‘Hard Product’

Aktifkan FB Page sekurang-kurangnya dengan satu post sehari.

Jika produk kita adalah ‘soft product’ seperti ebook, seminar, kursus dan seumpamanya, banyakkan berkongsi tip dan panduan, aktiviti semasa kita dan selang seli dengan promosi/iklan.

Jika produk kita adalah jenis ‘hard product’ (produk keras) seperti pakaian, buku, makanan, gajet dan sebagainya, update post mengenai jumlah stok semasa, gambar-gambar produk, aktiviti semasa, jualan/promosi terkini dan lain-lain lagi. Fokus pada “jualan” dan bukan fokus pada perkongsian. Page menjual produk keras ada pengikut tersendiri yang memang akan tegar membeli.

Menjual ‘soft product’ perlu bina ‘keperluan’ dalam diri pelanggan, berbeza dengan ‘hard product’, mereka memang mahu beli.

Dalam media sosial, usahawan yang ‘transparent’ (jujur, telus dan memperkenalkan diri mereka sebenar) akan mendapat lebih sambutan dan kepercayaan.

Tip FBM [15] Gambar Produk Fizikal

Produk fizikal adalah seperti pakaian, peralatan elektronik, buku, tudung dan sebagainya.

Menjual produk-produk sebegini perlu disertakan dengan gambar-gambar sebenar dan diambil dari pelbagai sudut (jika perlu). Elakkan mengguna gambar yang telah diedit secara profesional atau diambil dengan kaedah studio.

Jika produk itu adalah barangan terpakai (second hand), maka perlu tunjukkan sepenuhnya gambar produk itu agar bakal pembeli tahu keadaan sebenar termasuklah jika ada calar, koyak dan sebagainya.

Tip: Agar gambar kita tidak dicuri oleh peniaga lain, letakkan nama bisnes kita atau nama domain kita pada gambar itu. Gunakan perisian grafik atau sistem online percuma seperti di sini (pilih salah satu):

http://www.watermarktool.com

http://picmarkr.com

Teknik Pemasaran Facebook

Berikut adalah beberapa tip ringkas teknik pemasaran Facebook:

1. Pemasaran di Facebook bukan mengenai berapa banyak masa yang diluangkan di Facebook, tetapi ia mengenai apakah cara yang kita gunakan. Semestinya cara yang berkesan.

2. Gunakan kesemua kaedah yang Facebook sediakan, daripada personal profile, Page dan juga Group. Setiap kaedah itu memiliki kelebihan dan tujuan tersendiri.

3. Jika mendapat feedback positif daripada pelanggan, letak testimoni/feedback itu di Facebook. Ia dapat meyakinkan pelanggan-pelanggan baru.

4. Jika menjual produk fizikal seperti pakaian, gajet elektronik, makanan kering dan sebagainya, letakkan gambar yang sebenar dan bukan gambar yang telah diedit atau dipercantikkan dengan perisian tertentu.

5. Satu cara mudah untuk belajar teknik pemasaran Facebook adalah melihat usahawan yang mendapat jualan dan respon yang baik di Facebook Page mereka. Lihat apa yang mereka tulis atau buat di Page mereka.

Teruskan melawati blog ini untuk mengetahui teknik-teknik pemasaran Facebook yang lain.