Category Archives: Nota Umum

Tip Pemasaran Facebook: Setiap Pakar Ada Kunci Rahsia

Setiap orang yang berpengalaman berjaya memasarkan, mempromosi dan menjual produk di Facebook, memegang ‘kunci rahsia’ masing-masing.

Selagi kita boleh, mampu dan mahu, ambil peluang untuk belajar dengan ramai orang berpengalaman itu. Kita akan mula melihat pemasaran Facebook dengan pandangan yang lebih besar dan meluas.

Pemasaran Facebook tidak hanya mengenai teknik, malah ia juga melibatkan konsep asas bisnes, seni, trik, sains, teknologi, bahasa dan strategi.

facebook marketing malaysia

Daripada pemerhatian yang saya lakukan selama ini, setiap pakar pemasaran Facebook memegang rahsia tersendiri, manakala rahsia lain tidak mereka ketahui.

Ambil peluang untuk belajar daripada mereka terutama apabila mereka membuka peluang untuk mempelajari rahsia-rahsia yang mereka gunakan selama ini.

Setelah kita belajar lebih daripada seorang, kita umpama mencantumkan ‘kepingan-kepingan rahsia’ sehingga menjadi satu kepingan yang lebih lengkap.

Dapatkan Video Panduan Berniaga di Facebook. Klik di sini.

Facebook Marketing 101 – Paling Penting!

Perkara penting yang wajib diawasi dalam setiap proses pemasaran di Facebook adalah:

  1. Apakah masa yang sesuai kita menulis post di FB?
  2. Bagaimana bentuk ayat post yang berkesan?
  3. Apakah ‘content’ yang sesuai?
  4. Berapakah kekerapan post dalam sehari?
  5. Siapakah yang Like page itu? – Umur, jantina dan lokasi.

Untuk perkara 1 hingga 4, tiada cara lain melainkan kita bereksperimen sendiri selain kita belajar dan dapatkan data daripada pihak lain.

Apabila kita mempunyai data khas untuk bisnes sendiri, maka lebih mudah kita mengatur langkah.

Tip: Gunakan FB Page kerana ia mempunyai aplikasi statistik untuk kita melihat data dengan lebih mendalam. Contohnya, umur, jantina dan lokasi mereka boleh diketahui melalui aplikasi itu. Data lokasi ‘user FB’ itu amat membantu kita membuat keputusan untuk kita lebih ‘turun’ ke mana bagi mencari bakal pelanggan.

Pemasaran Facebook Data

Adakah tip kali ini amat ‘cool’? 😉

ps. Saya dalam proses menyiapkan ‘Nota Pemasaran FB‘ dalam bentuk bercetak. Sesiapa yang mahu, nyatakan di ruangan komen atau melalui inbox, untuk saya hubungi kemudian.

Hal ini saya ada umumkan di sini: http://on.fb.me/notafbprint

.

(c) Hakcipta Terpelihara SmartUsaha.com. Copy & paste tidak diizinkan.

.

Tip Add Friends Yang Targeted (Berpotensi)

‘Add’ Friends yang targeted bermaksud, kita jadikan individu yang berpotensi untuk menjadi pembeli sahaja, ataupun kenalan-kenalan usahawan yang boleh dijadikan ‘network’ kepada perniagaan kita.

Langkah 1:

a. Sertai Group dan Page yang berkaitan dengan topik yang difokuskan (niche).

b. ‘Add’ usahawan-usahawan atau IM (Internet Marketer) yang turut sama dalam bidang itu.

Langkah 2:

a. Add individu yang aktif di Group, Page dan wall usahawan/IM tadi, terutama mereka yang aktif.

b. Pastikan kualiti. Luangkan sedikit masa untuk melihat profile (info) mereka.

c. Bagus sekiranya add individu yang telah menjadi pembeli kepada mana-mana IM, kerana mereka telah biasa membuat pembelian dan faham serba sedikit hal-hal berkaitan.

Jika add 5 orang sehari, sebulan sudah dapat 150 orang. Yang penting perlu ada target sehari / sebulan.

Penting!

Sebelum memulakan proses add Friends:

1. Kemaskan dahulu bahagian Profile (Info) FB kita agar ‘first impression’ mereka tahu dan mula mengenali kita.

2. Bahagian wall, Notes & Foto telah diisi dengan perkongsian-perkongsian yang menarik dan berguna.

3. Gunakan gambar profile yang sebenar.

4. Gunakan nama yang betul dan sempurna.

5. Seeloknya ‘add’ Friends dengan kadar sederhana dan tidak dalam kadar yang cepat untuk elakkan proses add Friends disekat oleh pihak FB.

Nota kaki: Page yang kita Like juga dikira termasuk dalam kuota 5000. Jadi, kurangkan Like Page yang tidak perlu.

‘Undang-Undang’ Pemasaran Media Sosial

Konsep asas social media marketing adalah lebih banyak mendengar daripada menentukan. Usahawan yang menetapkan pelbagai syarat dalam social media marketing biasanya mudah gagal. Saya memerhati seorang usahawan di mana beliau terlalu strict di page beliau sehinggakan beliau sendiri tulis status dan beliau sendiri juga yang komen. Page beliau yang dahulu meriah, kini menjadi lesu.

Konsep crowdsourcing (membiarkan ahli tulis apa sahaja) boleh digunakan untuk FB Page & Group. Biarkan ahli mahu tulis apa (selagi tidak SPAM & fitnah). Ini adalah baik untuk syarikat/perniagaan apabila pelanggan kritik, kita tidak delete. Sebaliknya kita dengar, mohon maaf dan perbaiki kekurangan ataupun berikan ‘reward’ kepada pelanggan. Di situ nampak nilai ketelusan dan seterusnya menjadi viral. Maka kredibiliti bisnes akan meningkat naik.

Jadi, undang-undang pemasaran media sosial seperti di Facebook bukan ‘ditentukan’ oleh kita, tetapi oleh pengguna (pelanggan).

4 cara pemasaran menggunakan Facebook

Terdapat pelbagai kaedah pemasaran Facebook yang boleh dipraktikkan, mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Di antaranya adalah:

1. Soft selling. Kaedah ini boleh kita katakan sebagai ‘menjual sambil bersosial’. Ia lebih banyak berkongsi sesuatu secara percuma seperti informasi, berbanding menjual.

Contoh: FB Page Mohd Zulfadli – IM (beliau banyak berkongsi maklumat percuma dan kadang kala mempromosikan produk beliau)

2. Iklan FB Ads. Facebook Ads adalah salah satu kaedah yang paling berkesan jika ingin mempromosikan sesuatu. Ini kerana ia memberi kita pilihan untuk menentukan siapa yang dapat melihat iklan itu.

Contohnya, kita menjual pakaian untuk wanita berumur 21-25 tahun dan yang berminat ‘shopping’, maka semasa kita menyediakan iklan, kita boleh setkan agar iklan itu dilihat oleh wanita berusia itu sahaja.

Iklan Facebook

Iklan Facebook

Dan andaikata kita mahu mereka ke kedai kita, juga boleh. Katakan kita ada kedai di Kuala Lumpur, maka kita boleh iklan kepada mereka yang menetap atau berasal dari/berdekatan Kuala Lumpur sahaja.

Iklan Facebook

Sahabat saya ada menerbitkan satu DVD panduan pengiklanan sebegini, siap dengan contoh kejayaan (case study). Klik di sini untuk maklumat lanjut.

3. Hard selling. Pilihan ada di tangan kita. Tidak semestinya kita perlu berkongsi sesuatu secara percuma sebelum menjual. Caranya adalah hasilkan satu FB Page dan kemudian di situ kita 100% menjual, tetapi tetap ada komunikasi bersama pelanggan.

4. Aplikasi Facebook (FB Apps). Kaedah ini amat teknikal. Hanya mereka yang mempunyai kemahiran sahaja boleh melakukannya, ataupun jika mempunyai modal, boleh mengupah orang lain membinanya. Contoh aplikasi FB adalah seperti Game dan kuiz.

FB Apps sesuai untuk pemasaran dan membina senarai prospek, berbanding terus menjual. Dengan kaedah ini, proses viral (penyebaran) adalah lebih cepat dan meluas, dengan syarat aplikasi itu menarik minat pengguna FB.

Kesimpulan

Kita boleh gunakan satu sahaja kaedah, ataupun banyak cara sekaligus. Namun bergantung kepada keperluan, tujuan dan kemampuan kita sama ada dari segi tenaga, kemahiran, modal dan masa.