Category Archives: Berniaga Di Facebook

Bagaimana bersaing tanpa ‘mencederakan’

Bersaing tanpa ‘mencederakan’ bermaksud kita tidak menjatuhkan pesaing-pesaing dengan kaedah kotor, atau memburuk-burukkan perniagaan mereka. Kita hanya perbaiki usaha kita dari masa ke semasa dan berusaha memiliki identiti tersendiri.

Bersaing tanpa mahu melihat pesaing jatuh tersungkur adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Elakkan bersaing dengan kaedah yang tidak Islami. Keduanya, selain membina identiti sendiri, kita juga digalakkan membantu perniagaan-perniagaan lain terutama yang dimiliki oleh saudara seagama.

Jika kita perhatikan dari hari ke hari, semakin ramai individu yang menjual produk yang sama seperti peniaga-peniaga lain. Apakah kesan daripada situasi ini? Biasanya kita secara automatik melihat ia sebagai masalah, cabaran atau akan menepukan pasaran.

Benar, tidak dinafikan. Tetapi bagi kita peniaga atau usahawan yang bijak/kreatif, maka kita ada pilihan untuk berbeza daripada puluhan, ratusan atau ribuan peniaga-peniaga itu, walaupun kita menjual produk yang sama seperti mereka.

Soalnya bagaimana?

Mudah sahaja. Jawapannya adalah USP, iaitu Unique Selling Proposition. USP bermaksud, nilai tambah yang kita lakukan untuk membezakan diri kita daripada orang lain.

Sebagai contohnya, sekarang ramai orang yang menjual pakaian secara Online, termasuk di Facebook. Kebanyakan jenama dan produk adalah sama sahaja (tudung, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak…). Jika kita tiada USP (keunikan), maka sedikit sukar untuk bersaing dan mendapatkan pelanggan. Maksudnya, tidak ada sebab yang kuat mengapa orang perlu membeli daripada kita.

Di antara contoh keunikan (USP) bagi perniagaan pakaian secara Online adalah:

  1. Penghantaran dilakukan pada setiap hari. [Tidak semua peniaga menghantar (pos) tempahan pelanggan pada setiap hari.]
  2. Stok pakaian sentiasa ada. [Tidak semua peniaga mempunyai simpanan stok yang mencukupi]
  3. Penghantaran melalui agen terdekat tanpa kos tambahan. [Jika ada modal lebih, anda boleh melantik agen di semua negeri]
  4. Pembayaran melalui sistem SMS. [Bagi jumlah bayaran yang minima, bayaran boleh dilakukan melalui sistem SMS yang lebih mudah dan cepat. Kaedah ini akan menolak kredit HP pembeli dan terus dimasukkan ke akaun peniaga. Hubungi pihak berkaitan (penyedia sistem SMS ini) untuk kaedah ini.]

Dalam satu artikel lain, saya ada menyatakan satu contoh di mana ada satu perkhidmatan “plumbing” dalam 24 jam. Bermaksud, boleh hubungi walau pada jam 3.00 pagi. Inilah satu contoh keunikan bisnes yang tidak atau jarang ditawarkan oleh peniaga lain.

Contoh lain pula adalah, seorang sahabat saya ada melakukan perkhidmatan design grafik. Sesibuk mana beliau, tempahan pelanggan biasanya siap dalam tempoh 24 jam sahaja! Ya, tidak semua designer mampu melakukan sebegitu seperti mana beliau. Ini juga satu contoh USP (keunikan).

Elakkan USP yang umum atau tidak logik bunyinya seperti “kami yang termurah”, “kami yang terbaik” dan “produk paling berkualiti”. Itu semua terlalu umum dan peniaga lain juga mampu melakukannya. Wujudkan USP yang spesifik dan boleh dinilaikan dengan ukuran masa, wang ringgit, kemudahan dan kepantasan.

Persoalan lain, bagaimana cara menggunakan USP?

Ada beberapa cara iaitu di antaranya:

  1. Jadikan USP itu sebagai ‘tagline’ atau slogan. Letak bersama logo bisnes dan di laman web.
  2. Sentiasa menyatakan USP itu pada setiap kali promosi di mana-mana termasuk di Facebook.

Sekarang, senaraikan idea USP bagi perniagaan anda. Kemudian, pilih salah satu yang terbaik iaitu tiada atau tidak banyak dilakukan oleh orang lain.

USP membuatkan orang mahu berurusan dengan kita, terutama USP yang memudahkan dan memberi nilai lebih kepada mereka, iaitu yang tidak ada diberikan oleh perniagaan lain.

Sekian tip kali ini.

Bacaan tambahan: Rahsia Sebenar Perniagaan Internet (USP)

Hak cipta Terpelihara (c) www.SmartUsaha.com

Berniaga HANYA Di Facebook?

Ya, amat boleh!

Tidak perlukan laman web, tidak perlukan shopping cart, tidak perlukan forum, tidak perlukan blog dan tidak perlukan aplikasi-aplikasi yang terlalu teknikal.

Hanya dengan menggunakan kemudahan-kemudahan asas yang pihak Facebook sediakan, kita sudah boleh berniaga di Facebook. Di antara kemudahan tersebut adalah seperti fungsi Video, Photos (Album), Event, Notes, Discussions dan sudah semestinya Page.

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Album. Cipta album bagi setiap produk. Katakan anda menjual pakaian, maka wujudkan album mengikut Kategori pakaian. Contohnya Pakaian Kanak-kanak, Dewasa, Perempuan dan Remaja. Di dalam setiap album, upload gambar-gambar produk.

Pada setiap album, letakkan penerangan lengkap dan jelas mengenai produk tersebut. Dan pada setiap keping gambar, letak juga penerangan spesifik seperti size pakaian dan ciri-ciri lain, terutama harganya.

Pastikan anda meletak cara-cara pembelian (pembayaran) atau cara untuk menempah produk tersebut. Cara paling mudah adalah, kita menyuruh pelanggan emelkan maklumat tempahan mereka seperti produk yang mereka mahu beli, kuantiti dan maklumat mereka (nama, emel, no tel dan alamat).

Selepas mendapat emel tempahan itu, kita perlu pastikan stok produk mencukupi. Kemudian hubungilah mereka untuk proses pembayaran.

Mudah bukan? 😉

Ingin berniaga di Facebook? Dapatkan panduan lengkap di sini.