Category Archives: Berniaga Di Facebook

Mudahnya Berniaga di Facebook

Berniaga di Facebook memerlukan ilmu.

Menulis ayat jualan memerlukan ilmu.

Memilih produk untuk dijual pun memerlukan ilmu.

Begitu juga melakukan pemasaran juga memerlukan ilmu.

Segala-galanya memerlukan ilmu.

Itulah salah satu tujuan saya menghasilkan video panduan Mudahnya Berniaga di Facebook. Dari video pertama hinggalah video yang ke-15, saya kongsikan ilmu-ilmu penting untuk melakukan perniagan di Facebook.

Mudahnya Berniaga di Facebook

Panduan ini adalah sepenuhnya dalam bentuk video dan dalam bahasa Melayu sepenuhnya melainkan perkataan-perkataan tertentu dikekalkan dalam bahasa Inggeris yang telah difahami ramai.

Penerangan mudah difahami dan ada juga huraian yang mendalam agar individu yang belajar melalui video ini akan mendapat “inti” kepada sesuatu ilmu dan teknik.

Kebanyakan peniaga dan usahawan sekarang banyak memfokus kepada teknik dan trik. Teknik dan trik adalah umpama ranting kepada pokok. Jadi apakah pula akarnya? Akarnya adalah ilmu yang asas (basic). Ilmu (akar) inilah yang membolehkan anda melakukan apa jua teknik, strategi dan trik dengan mudah walaupun Facebook telah dan akan berubah.

Dengan adanya ilmu (akar), anda tidak mudah panik dan perniagaan pula akan dapat dilakukan dengan lebih lama.

Klik di sini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pakej video Mudahnya Berniaga di Facebook.

7 Ciri Facebook Page Yang LENGKAP untuk Bisnes

Facebook Page yang lengkap untuk bisnes adalah:

1. Guna nama Facebook Page yang tepat.

2. Ada cover photo yang berkaitan dengan bisnes.

3. Ada profile picture. Tip: Letak logo bisnes

4. Bahagian Info yang lengkap mengenai bisnes/perkhidmatan. Wajib meletak nama dan nombor perniagaan yang didaftarkan di SSM.

5. Menyediakan cara untuk pelanggan menghubungi atau cara menempah produk/perkhidmatan. (Tip: Gunakan Note, custom tab ataupun pada bahagian Info)

6. Sudah ada beberapa post update sebelum page mula dipromosikan.

Inginkan panduan yang lengkap melakukan perniagaan di Facebook? Dapatkan video panduan Mudahnya Berniaga di Facebook.

ps. Sebarkakan tip di atas dengan klik Like di bawah. 😉

Tip Pemasaran Facebook: Setiap Pakar Ada Kunci Rahsia

Setiap orang yang berpengalaman berjaya memasarkan, mempromosi dan menjual produk di Facebook, memegang ‘kunci rahsia’ masing-masing.

Selagi kita boleh, mampu dan mahu, ambil peluang untuk belajar dengan ramai orang berpengalaman itu. Kita akan mula melihat pemasaran Facebook dengan pandangan yang lebih besar dan meluas.

Pemasaran Facebook tidak hanya mengenai teknik, malah ia juga melibatkan konsep asas bisnes, seni, trik, sains, teknologi, bahasa dan strategi.

facebook marketing malaysia

Daripada pemerhatian yang saya lakukan selama ini, setiap pakar pemasaran Facebook memegang rahsia tersendiri, manakala rahsia lain tidak mereka ketahui.

Ambil peluang untuk belajar daripada mereka terutama apabila mereka membuka peluang untuk mempelajari rahsia-rahsia yang mereka gunakan selama ini.

Setelah kita belajar lebih daripada seorang, kita umpama mencantumkan ‘kepingan-kepingan rahsia’ sehingga menjadi satu kepingan yang lebih lengkap.

Dapatkan Video Panduan Berniaga di Facebook. Klik di sini.

Tip Facebook untuk usahawan

Terdapat tiga elemen utama di Facebook, iaitu Profile, Page dan Group. Setiapnya mempunyai kegunaan tersendiri, seperti cadangan berikut:

1. Facebook Profile – Untuk bina jaringan dengan usahawan lain. Kita akan mengenali usahawan lain yang mempunyai kepakaran tersendiri sama ada kita yang memerlukannya, ataupun yang klien kita perlukan.

Kita boleh add seberapa ramai Friends yang kita mahu, dan jika kita tidak selesa dengan penulisan mereka, kita boleh “hide” sahaja mereka tanpa remove. Berikan mereka peluang, dan berikan juga kita peluang untuk menyampaikan mesej kita kepada mereka.

2. Facebook Page – Untuk bina jenama, kredibiliti dan pengikut setia. Juga untuk menjual.

3. Facebook Group – Untuk kembangkan lagi jenama dan bisnes. Banyakkan perkongsian di sana. Boleh juga guna FB Group untuk “kelab eksklusif” kita sendiri sama ada untuk pelanggan sahaja, individu terpilih dan seumpamanya..

Tip untuk fokus: Luangkan 5 hingga 15 minit sahaja untuk satu sesi online FB. Dalam tempoh itu, apakah perkara yang paling penting untuk kita lakukan? Tamat sahaja masa, terus keluar (logout) dan mulakan kerja lain pula.*

Jika perlu, buat senarai “to do” khas untuk aktiviti FB kita. Senaraikan aktiviti yang utama sahaja. Tampal di hadapan meja kerja agar kita sentiasa ingat perkara yang perlu dan penting sahaja.

*Keperluan setiap orang adalah berbeza. Bagi mereka yang 100% berniaga di FB, mungkin mereka perlukan beberapa jam sehari. Pepatah berbunyi, “Ukur baju di badan sendiri.”

Tip Penting Berniaga di Facebook

1. Ambil peluang berniaga di Facebook untuk mengumpul senarai pembeli. Facebook adalah sebuah platform yang berpotensi luas untuk dijadikan sebagai medium perniagaan kerana kebanyakan orang lebih selesa berurusan di Facebook.

2. Wujudkan laman web jualan sama ada laman minisite, shopping cart ataupun blogshop sendiri. Perniagaan kita tidak hanya di Facebook, sebaliknya menggunakan kaedah yang lain juga.

3. Tidak selamanya kita akan berniaga di Facebook. Soalan: Adakah kita akan terus menerus berniaga di Facebook selama 3 hingga 5 tahun? Semestinya tidak. Kita harus berkembang lebih besar berbanding hari ini.

4. Seperti perkara no. 1 di atas, gunakan Facebook untuk mengumpul senarai pelanggan yang berpotensi. Simpan maklumat mereka seperti nama, emel, alamat dan no. telefon.

5. Gunakan maklumat-maklumat itu untuk menghubungi mereka kembali secara konsisten. Jurujual dan perniagaan yang berjaya menggunakan kaedah ini.

6. Maklumat yang disimpan dengan rapi adalah rahsia kekebalan sesebuah bisnes. Jika pasaran di Facebook mula tepu atau berlaku sesuatu yang tidak diduga, perniagaan kita tetap boleh diteruskan kerana kita memiliki maklumat pelanggan.

Akhir kata, Facebook hanyalah PLATFORM. Perniagaan kita boleh beroperasi di mana-mana sahaja dan tidak terikat dengan satu-satu platform.

Saya memegang erat pesanan seorang usahawan yang berjaya, “Kejayaan kita pada hari ini, bukan penentu kejayaan pada masa seterusnya.” Sebab itu jutawan terus ‘bekerja’ kerana kejayaan semalam telah pun ‘basi’.

Apakah perancangan masa hadapan bisnes kita? Sehebat mana bisnes kita di Facebook pada masa ini, ia bukan penentu kejayaan kita pada satu masa nanti.

Mohd Zulfadli (SmartZul),
Penulis Usahawan,
MohdZulfadli-IM

Sumber artikel: http://blog.smartusaha.com/tip-penting-berniaga-di-facebook/