p5rn7vb
Tip FBM [4] Kongsikan Tip Ringkas | Nota Pemasaran Facebook

Nota Pemasaran Facebook

"cara betul buat duit dengan Facebook"

Tip FBM [4] Kongsikan Tip Ringkas

Semua orang boleh menulis. Kita sebagai usahawan tidak perlu menulis panjang-panjang untuk berkongsi sesuatu maklumat. Yang penting ia difahami.

Dengan berkongsi tip-tip dan panduan percuma walaupun ringkas, ia memberi kesan yang baik terhadap bisnes kita.

Tip FBM kali ini: Gunakan fungsi Notes di FB anda atau di FB PAGE untuk menulis tip-tip percuma walaupun ringkas.

Contohnya sekarang, ramai yang berniaga pakaian. Jadi, apakah panduan yang boleh dikongsikan? Di antaranya:

  • Cara menjaga pakaian agar lebih tahan lama
  • Cara melipat pakaian
  • Cara membasuh pakaian dengan betul
  • Cara membeli pakaian agar tidak tertipu
  • dan banyak lagi…

Dengan berkongsi panduan sebegini, kita lebih mudah didekati pelanggan. Inilah salah satu cara untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap kita.

Tip Menulis:

1. Di bahagian bawah artikel, nyatakan begini: Hakcipta Terpelihara (c) NamaPerniagaan_Anda. Ini bagi memastikan tiada sesiapa yang menyalahgunakan artikel kita. Contoh:

Hakcipta Terpelihara (c) XYZ Baju Marketing. Tidak diizinkan mengambil artikel ini tanpa kebenaran. Tapi boleh kongsi dengan guna fungsi SHARE.

2. Di dalam artikel, sebutkan beberapa kali nama bisnes anda atau selitkan satu atau dua kali nama produk anda. Contoh:

Kali ini, kami dari XYZ Baju Marketing akan kongsikan tiga tip mudah cara untuk memastikan pakaian kita tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.

Dengan menyatakan nama bisnes atau produk, orang lain sedikit sukar untuk mencuri artikel kita dan menggunakannya di blog mereka. Hehehe… ;)

Selamat mencuba!

Mohd Zulfadli

Seorang usahawan sepenuh masa dan bergiat aktif dalam bidang penulisan. Lawati laman Facebook rasmi beliau di http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

More Posts

Categories: Tip Mudah FB