Tip Facebook untuk usahawan

Terdapat tiga elemen utama di Facebook, iaitu Profile, Page dan Group. Setiapnya mempunyai kegunaan tersendiri, seperti cadangan berikut:

1. Facebook Profile – Untuk bina jaringan dengan usahawan lain. Kita akan mengenali usahawan lain yang mempunyai kepakaran tersendiri sama ada kita yang memerlukannya, ataupun yang klien kita perlukan.

Kita boleh add seberapa ramai Friends yang kita mahu, dan jika kita tidak selesa dengan penulisan mereka, kita boleh “hide” sahaja mereka tanpa remove. Berikan mereka peluang, dan berikan juga kita peluang untuk menyampaikan mesej kita kepada mereka.

2. Facebook Page – Untuk bina jenama, kredibiliti dan pengikut setia. Juga untuk menjual.

3. Facebook Group – Untuk kembangkan lagi jenama dan bisnes. Banyakkan perkongsian di sana. Boleh juga guna FB Group untuk “kelab eksklusif” kita sendiri sama ada untuk pelanggan sahaja, individu terpilih dan seumpamanya..

Tip untuk fokus: Luangkan 5 hingga 15 minit sahaja untuk satu sesi online FB. Dalam tempoh itu, apakah perkara yang paling penting untuk kita lakukan? Tamat sahaja masa, terus keluar (logout) dan mulakan kerja lain pula.*

Jika perlu, buat senarai “to do” khas untuk aktiviti FB kita. Senaraikan aktiviti yang utama sahaja. Tampal di hadapan meja kerja agar kita sentiasa ingat perkara yang perlu dan penting sahaja.

*Keperluan setiap orang adalah berbeza. Bagi mereka yang 100% berniaga di FB, mungkin mereka perlukan beberapa jam sehari. Pepatah berbunyi, “Ukur baju di badan sendiri.”

Mohd Zulfadli

Seorang usahawan sepenuh masa dan bergiat aktif dalam bidang penulisan. Lawati laman Facebook rasmi beliau di http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

More Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.