Tip Penting Berniaga di Facebook

1. Ambil peluang berniaga di Facebook untuk mengumpul senarai pembeli. Facebook adalah sebuah platform yang berpotensi luas untuk dijadikan sebagai medium perniagaan kerana kebanyakan orang lebih selesa berurusan di Facebook.

2. Wujudkan laman web jualan sama ada laman minisite, shopping cart ataupun blogshop sendiri. Perniagaan kita tidak hanya di Facebook, sebaliknya menggunakan kaedah yang lain juga.

3. Tidak selamanya kita akan berniaga di Facebook. Soalan: Adakah kita akan terus menerus berniaga di Facebook selama 3 hingga 5 tahun? Semestinya tidak. Kita harus berkembang lebih besar berbanding hari ini.

4. Seperti perkara no. 1 di atas, gunakan Facebook untuk mengumpul senarai pelanggan yang berpotensi. Simpan maklumat mereka seperti nama, emel, alamat dan no. telefon.

5. Gunakan maklumat-maklumat itu untuk menghubungi mereka kembali secara konsisten. Jurujual dan perniagaan yang berjaya menggunakan kaedah ini.

6. Maklumat yang disimpan dengan rapi adalah rahsia kekebalan sesebuah bisnes. Jika pasaran di Facebook mula tepu atau berlaku sesuatu yang tidak diduga, perniagaan kita tetap boleh diteruskan kerana kita memiliki maklumat pelanggan.

Akhir kata, Facebook hanyalah PLATFORM. Perniagaan kita boleh beroperasi di mana-mana sahaja dan tidak terikat dengan satu-satu platform.

Saya memegang erat pesanan seorang usahawan yang berjaya, “Kejayaan kita pada hari ini, bukan penentu kejayaan pada masa seterusnya.” Sebab itu jutawan terus ‘bekerja’ kerana kejayaan semalam telah pun ‘basi’.

Apakah perancangan masa hadapan bisnes kita? Sehebat mana bisnes kita di Facebook pada masa ini, ia bukan penentu kejayaan kita pada satu masa nanti.

Mohd Zulfadli (SmartZul),
Penulis Usahawan,
MohdZulfadli-IM

Sumber artikel: http://blog.smartusaha.com/tip-penting-berniaga-di-facebook/

Mohd Zulfadli

Seorang usahawan sepenuh masa dan bergiat aktif dalam bidang penulisan. Lawati laman Facebook rasmi beliau di http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

More Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.