Soft Selling Vs Hard Selling
Jualan Cara Halus dan Jualan Cara Memaksa
Rata-rata Internet Marketer Media Social tidak menggalakkan kita melakukan Hard Selling, ataupun kita boleh panggil ia sebagai jualan cara ‘memaksa’.
Namun bagi penulis (saya), hard selling amat perlu di dalam menjual, tidak kira kaedah yang digunakan, TETAPI yang penting hard selling yang sesuai. Maksudnya, cara hard selling dilakukan.
Jualan secara memaksa ada tahap-tahapnya sama ada amat ‘keras’, pertengahan dan biasa-biasa. Contoh hard selling yang tidak digalakkan di laman Facebook adalah seperti Spamming (meletak link di Wall orang dan mesej ke Inbox orang lain), Spam Comment dan mempromosi produk dengan amat kerap.
Manakala hard selling yang ‘diperbolehkan’ adalah seperti ‘memancing prospek’ di mana kita menarik minat mereka untuk menghubungi kita. Contohnya, “Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya melalui Inbox.” Atau contoh lain seperti, “Layari web ini sekarang!”, “Tempah sekarang juga!” dan juga “Terhad untuk 15 Orang Sahaja!”
Jika kita terlalu “berlembut” (soft selling), hasilnya pasti juga lambat dan terkadang, prospek tidak memahami apa yang kita mahu mereka lakukan (klik, daftar, tempah, beli…). Dengan hanya ‘hard selling’ iaitu menyuruh mereka lakukan sesuatu, maka barulah mereka akan lebih cepat bertindak.
ps. Mahu mereka bertindak 3 bulan nanti ataupun segera pada hari ini? Pilih salah satu.
