Tip FBM [8] Tujuan Yang Jelas

Sebelum memulakan sebarang proses pemasaran di Facebook, kita perlu jelas dengan MATLAMAT atau TUJUAN utama kita melakukannya. Seperkara yang perlu difahami, FB Marketing bukan hanya untuk perniagaan Online sahaja, malah untuk perniagaan Offline juga seperti kedai makan, restoran dan sebagainya.

Setiap usahawan mempunyai tujuan yang berbeza. Di antara tujuan-tujuan tersebut adalah seperti:

1. Mendapatkan trafik (pelawat) ke blog atau laman web jualan.
2. Menjual produk terus melalui Facebook.
3. Mendapatkan Subscriber untuk Email Marketing (LIST).
4. Menambah kenalan (rakan).
5. Networking (berkenalan dan bekerjasama dengan usahawan / perniagaan lain).
6. Menampilkan kepakaran diri agar mendapat perhatian pihak media, wartawan atau syarikat penerbitan.
7. Branding. Menyebar luaskan lagi jenama bisnes melalui Facebook agar mendapat lebih banyak bakal pelanggan.
8. Mencari bakal-bakal agen / pengedar.

Paling kurang kita perlu mempunyai satu tujuan dan boleh mempunyai lebih daripada satu. Namun disarankan, perlu mempunyai SATU tujuan UTAMA. Contohnya, menjual di Facebook. Manakala yang lain-lain itu hanya sebagai sampingan sahaja. Yang utama itu perlulah difokus pada setiap hari.

Dengan mempunyai satu tujuan utama, maka kita akan lebih fokus dan mempunyai banyak masa untuk merancang strategi dan tindakan.

Mohd Zulfadli

Seorang usahawan sepenuh masa dan bergiat aktif dalam bidang penulisan. Lawati laman Facebook rasmi beliau di http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

More Posts

2 thoughts on “Tip FBM [8] Tujuan Yang Jelas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.