Tip Pemasaran Facebook: Setiap Pakar Ada Kunci Rahsia

Setiap orang yang berpengalaman berjaya memasarkan, mempromosi dan menjual produk di Facebook, memegang ‘kunci rahsia’ masing-masing.

Selagi kita boleh, mampu dan mahu, ambil peluang untuk belajar dengan ramai orang berpengalaman itu. Kita akan mula melihat pemasaran Facebook dengan pandangan yang lebih besar dan meluas.

Pemasaran Facebook tidak hanya mengenai teknik, malah ia juga melibatkan konsep asas bisnes, seni, trik, sains, teknologi, bahasa dan strategi.

facebook marketing malaysia

Daripada pemerhatian yang saya lakukan selama ini, setiap pakar pemasaran Facebook memegang rahsia tersendiri, manakala rahsia lain tidak mereka ketahui.

Ambil peluang untuk belajar daripada mereka terutama apabila mereka membuka peluang untuk mempelajari rahsia-rahsia yang mereka gunakan selama ini.

Setelah kita belajar lebih daripada seorang, kita umpama mencantumkan ‘kepingan-kepingan rahsia’ sehingga menjadi satu kepingan yang lebih lengkap.

Tip Facebook untuk usahawan

Terdapat tiga elemen utama di Facebook, iaitu Profile, Page dan Group. Setiapnya mempunyai kegunaan tersendiri, seperti cadangan berikut:

1. Facebook Profile – Untuk bina jaringan dengan usahawan lain. Kita akan mengenali usahawan lain yang mempunyai kepakaran tersendiri sama ada kita yang memerlukannya, ataupun yang klien kita perlukan.

Kita boleh add seberapa ramai Friends yang kita mahu, dan jika kita tidak selesa dengan penulisan mereka, kita boleh “hide” sahaja mereka tanpa remove. Berikan mereka peluang, dan berikan juga kita peluang untuk menyampaikan mesej kita kepada mereka.

2. Facebook Page – Untuk bina jenama, kredibiliti dan pengikut setia. Juga untuk menjual.

3. Facebook Group – Untuk kembangkan lagi jenama dan bisnes. Banyakkan perkongsian di sana. Boleh juga guna FB Group untuk “kelab eksklusif” kita sendiri sama ada untuk pelanggan sahaja, individu terpilih dan seumpamanya..

Tip untuk fokus: Luangkan 5 hingga 15 minit sahaja untuk satu sesi online FB. Dalam tempoh itu, apakah perkara yang paling penting untuk kita lakukan? Tamat sahaja masa, terus keluar (logout) dan mulakan kerja lain pula.*

Jika perlu, buat senarai “to do” khas untuk aktiviti FB kita. Senaraikan aktiviti yang utama sahaja. Tampal di hadapan meja kerja agar kita sentiasa ingat perkara yang perlu dan penting sahaja.

*Keperluan setiap orang adalah berbeza. Bagi mereka yang 100% berniaga di FB, mungkin mereka perlukan beberapa jam sehari. Pepatah berbunyi, “Ukur baju di badan sendiri.”

Cara Mempromosi ‘Soft Product’ dan ‘Hard Product’

Aktifkan FB Page sekurang-kurangnya dengan satu post sehari.

Jika produk kita adalah ‘soft product’ seperti ebook, seminar, kursus dan seumpamanya, banyakkan berkongsi tip dan panduan, aktiviti semasa kita dan selang seli dengan promosi/iklan.

Jika produk kita adalah jenis ‘hard product’ (produk keras) seperti pakaian, buku, makanan, gajet dan sebagainya, update post mengenai jumlah stok semasa, gambar-gambar produk, aktiviti semasa, jualan/promosi terkini dan lain-lain lagi. Fokus pada “jualan” dan bukan fokus pada perkongsian. Page menjual produk keras ada pengikut tersendiri yang memang akan tegar membeli.

Menjual ‘soft product’ perlu bina ‘keperluan’ dalam diri pelanggan, berbeza dengan ‘hard product’, mereka memang mahu beli.

Dalam media sosial, usahawan yang ‘transparent’ (jujur, telus dan memperkenalkan diri mereka sebenar) akan mendapat lebih sambutan dan kepercayaan.

***
Teknik Viral Fan Page –> http://bit.ly/viralfbpage

Tip Penting Berniaga di Facebook

1. Ambil peluang berniaga di Facebook untuk mengumpul senarai pembeli. Facebook adalah sebuah platform yang berpotensi luas untuk dijadikan sebagai medium perniagaan kerana kebanyakan orang lebih selesa berurusan di Facebook.

2. Wujudkan laman web jualan sama ada laman minisite, shopping cart ataupun blogshop sendiri. Perniagaan kita tidak hanya di Facebook, sebaliknya menggunakan kaedah yang lain juga.

3. Tidak selamanya kita akan berniaga di Facebook. Soalan: Adakah kita akan terus menerus berniaga di Facebook selama 3 hingga 5 tahun? Semestinya tidak. Kita harus berkembang lebih besar berbanding hari ini.

4. Seperti perkara no. 1 di atas, gunakan Facebook untuk mengumpul senarai pelanggan yang berpotensi. Simpan maklumat mereka seperti nama, emel, alamat dan no. telefon.

5. Gunakan maklumat-maklumat itu untuk menghubungi mereka kembali secara konsisten. Jurujual dan perniagaan yang berjaya menggunakan kaedah ini.

6. Maklumat yang disimpan dengan rapi adalah rahsia kekebalan sesebuah bisnes. Jika pasaran di Facebook mula tepu atau berlaku sesuatu yang tidak diduga, perniagaan kita tetap boleh diteruskan kerana kita memiliki maklumat pelanggan.

Akhir kata, Facebook hanyalah PLATFORM. Perniagaan kita boleh beroperasi di mana-mana sahaja dan tidak terikat dengan satu-satu platform.

Saya memegang erat pesanan seorang usahawan yang berjaya, “Kejayaan kita pada hari ini, bukan penentu kejayaan pada masa seterusnya.” Sebab itu jutawan terus ‘bekerja’ kerana kejayaan semalam telah pun ‘basi’.

Apakah perancangan masa hadapan bisnes kita? Sehebat mana bisnes kita di Facebook pada masa ini, ia bukan penentu kejayaan kita pada satu masa nanti.

Mohd Zulfadli (SmartZul),
Penulis Usahawan,
MohdZulfadli-IM

Sumber artikel: http://blog.smartusaha.com/tip-penting-berniaga-di-facebook/

Facebook Marketing 101 – Paling Penting!

Perkara penting yang wajib diawasi dalam setiap proses pemasaran di Facebook adalah:

  1. Apakah masa yang sesuai kita menulis post di FB?
  2. Bagaimana bentuk ayat post yang berkesan?
  3. Apakah ‘content’ yang sesuai?
  4. Berapakah kekerapan post dalam sehari?
  5. Siapakah yang Like page itu? – Umur, jantina dan lokasi.

Untuk perkara 1 hingga 4, tiada cara lain melainkan kita bereksperimen sendiri selain kita belajar dan dapatkan data daripada pihak lain.

Apabila kita mempunyai data khas untuk bisnes sendiri, maka lebih mudah kita mengatur langkah.

Tip: Gunakan FB Page kerana ia mempunyai aplikasi statistik untuk kita melihat data dengan lebih mendalam. Contohnya, umur, jantina dan lokasi mereka boleh diketahui melalui aplikasi itu. Data lokasi ‘user FB’ itu amat membantu kita membuat keputusan untuk kita lebih ‘turun’ ke mana bagi mencari bakal pelanggan.

Pemasaran Facebook Data

Adakah tip kali ini amat ‘cool’? ;)

ps. Saya dalam proses menyiapkan ‘Nota Pemasaran FB‘ dalam bentuk bercetak. Sesiapa yang mahu, nyatakan di ruangan komen atau melalui inbox, untuk saya hubungi kemudian.

Hal ini saya ada umumkan di sini: http://on.fb.me/notafbprint

.

(c) Hakcipta Terpelihara SmartUsaha.com. Copy & paste tidak diizinkan.

.