Anda Ingin Berniaga di Facebook?

Atau, Anda Sudah Berniaga di Facebook Tetapi Masih Buntu & Belum Mencapai Hasil Membanggakan?

.

Anda berada di laman web yang betul.

Salam perkenalan. Nama saya Mohd Zulfadli. Saya merupakan usahawan Internet dan trainer sepenuh masa dalam bidang Perniagaan & Pemasaran Internet.

Berniaga di Facebook adalah satu fenomena terkini yang semakin ramai ingin melakukannya. Namun untuk berjaya melakukannya pasti ada caranya.

Melalui laman web ini, anda akan mendapat satu pakej video panduan “Mudahnya Berniaga di Facebook”, iaitu siri video yang 100% saya hasilkan sendiri dan berdasarkan kepada pengalaman saya berniaga melalui Facebook.

berniaga di facebook

DAPATKAN SEKARANG – DISKAUN TERHAD KEPADA 100 51 ORANG SAHAJA

Melalui video ini, anda akan pelajari dari “zero” sehingga mempunyai sebuah Facebook Page untuk jualan produk anda. Sudah pasti anda mahu belajar cara menjual yang berkesan. Jangan risau kerana dalam video ini saya sertakan satu pendedahan bagaimana menulis ayat jualan yang efektif untuk anda gunakan di Facebook Page anda.

Berikut adalah apa yang anda akan pelajari:

Video 1: Asas Perniagaan Online [16:31 minit]

Anda akan pelajari asas-asas penting perniagaan Internet. Sebelum anda memulakan perniagaan di Facebook, anda perlu memahami perkara paling awal iaitu mengenai perniagaan online. Setelah anda faham asas, barulah mudah anda mengorak langkah ke perniagaan di Facebook.”

Video 2: Asas Berniaga di Facebook [18:57 minit]

Sebelum anda mula berniaga, fahami terlebih dahulu kerangka asas perniagaan di Facebook. Ini amat penting kerana ramai yang terus mula berniaga tetapi akhirnya keliru kerana tidak mempunyai kefahaman menyeluruh mengenai perniagaan di Facebook.

Video 3: Cara Dapatkan Produk [59:51 minit]

Ini lagi penting… Anda tidak boleh menjual apa sahaja ataupun produk yang anda rasa mahu anda jual. Memilih produk ada caranya. Dalam video ke-3 ini anda akan pelajari banyak cara untuk mengkaji apakah produk yang sedang laris dan yang boleh anda jual. Anda juga akan didedahkan dengan cara untuk mendapatkan pembekal produk!

Video 4: Membina Facebook Page [14:41 minit]

Ini adalah paling asas. Bagi yang belum pernah membina Facebook Page, video ini adalah untuk anda. Namun bagi yang sudah biasa, dalam video ini juga ada tip penting dalam pemilihan dan penetapan nama Page. 😉

Video 5: Kemaskini Facebook Page [53:09 minit]

FB Page untuk berniaga dan menjual umpama sebuah kedai. Kita harus memiliki sebuah kedai yang tidak semestinya cantik dan “havoc”, tetapi sudah memadai “simple” tetapi mudah untuk pelanggan melakukan pembelian. Anda wajib ikuti video ini sehingga habis kerana anda akan pelajari banyak perkara penting.

Video 6: Penulisan Ayat Jualan [51:08 minit]

Inilah bahagian yang ditunggu-tunggu. Ramai yang mengatakan mereka TIDAK PANDAI menulis ayat untuk menjual. Benarkah susah? Sebenarnya ia mudah sahaja jika kita ada TEKNIK. Dalam video ini, saya bukan sahaja memberikan FORMULA, tetapi anda akan ditunjukkan bagaimana menghasilkan ayat jualan dengan mudah. Malah jangan salahkan saya jika anda mula ketagih untuk menulis lebih banyak ayat jualan selepas mula pandai menulisnya! 😉

Video 7: Pengenalan Facebook Ads [42:48 minit]

Asas pengiklanan di Facebook adalah Facebook Ads. Ia adalah iklan berbayar dan merupakan cara tercepat untuk mendapatkan prospek dan pelanggan. Memahami asas-asasnya adalah penting agar anda tahu apa yang anda lakukan.

Video 8: Dapatkan Likes untuk Page [19:16 minit]

FB Page yang cantik dan kemas tiada gunanya jika tiada orang yang masuk. Jika boleh elakkan menjemput rakan-rakan anda melalui profile FB anda kerana mereka hanya akan masuk dan Like sahaja. Tidak akan membeli. Jadi kita gunakan FB Ads untuk dapatkan “targeted prospect”, iaitu bakal pelanggan yang betul-betul berminat. Caranya adalah dengan menggunakan FB Ads Likes.

Video 9: Menjual dengan FB Post Ads [9:03 minit]

Setelah anda menulis ayat jualan di FB Page, anda perlu mendapatkan prospek (bakal pembeli) untuk melihat post jualan itu. Caranya adalah dengan menggunakan FB Ads Post. Jika anda sudah melihat dan faham video ke-8 di atas, anda dapat menghasilkan FB Ads Post dengan mudah sahaja.

Video 10: Rahsia Jualan di Facebook [33:32 minit]

Tidak cukup dengan mempelajari cara menulis ayat jualan, anda akan didedahkan dengan “rahsia-rahsia” jualan di Facebook, iaitu mengapa orang membeli produk yang dijual. Banyak faktor yang memainkan peranan dan bukan hanya ayat copywriting semata-mata dan bukan hanya sebab produk. Video ini wajib anda tonton dan berikan perhatian.

Video 11: Teknik Extra Promosi Page [16:28 minit]

Selain menggunakan FB Ads, anda juga boleh melakukan banyak kaedah lain untuk mempromosikan FB Page anda. Anda perlu menganggap FB Page jualan anda itu sebagai satu kedai. Dan untuk membawa pelanggan ke kedai sudah pasti banyak caranya. Jadi jangan hanya terhadkan kepada kaedah pengiklanan melalui FB Ads sahaja. Lagi banyak cara anda gunakan lagi bagus.

Video 12: Cara Mudah Edit Gambar [7:23 minit]

Ada sesuatu perkara kita perlu upah orang lain melakukan sesuatu untuk kita, contohnya reka bentuk grafik yang mana designer lebih arif melakukannya. Tetapi untuk perkara-perkara remeh dan mudah, anda boleh melakukannya sendiri seperti mengedit gambar produk. Dalam video ini, anda akan didedahkan dengan SATU TEKNIK mudah dengan menggunakan satu perisian yang telah dimiliki oleh kebanyakan orang, termasuk anda.

Video 13: Memasukkan Simbol Pada Tulisan Post [6:22 minit]

Ini juga topik yang menarik. Tajuknya mudah, tetapi memasukkan simbol juga salah satu trik untuk memastikan post jualan anda nampak menarik dan berbeza berbanding post jualan pesaing. Caranya amat mudah dan anda akan pelajari melalui video ini.

Video 14: Mengapa Produk Kurang Laku [15:04 minit]

Setelah anda pelajari apakah sebab-sebab orang membeli produk (rahsia jualan), dalam video ini anda akan mengetahui sebab-sebab pelanggan tidak mahu membeli produk yang anda jual. Video ini amat penting diberikan perhatian kerana dengan meminimakan sebab-sebab itu, jualan anda akan lebih hampir kepada kejayaan.

Video 15: Teknik Follow Up [13:55 minit]

Salah satu cabaran besar dalam perniagaan adalah setelah pelanggan bertanya tentang produk, mereka terus berdiam diri. Anda pula serba salah untuk menghubungi semula mereka untuk bertanya. Menghubungi semula dikenali sebagai “follow up”. Ia juga ada kaedah dan tekniknya. Setelah anda pelajari caranya, pelanggan yang berdiam diri akan mula membeli, malah anda juga tidak lagi rasa janggal untuk menghubungi mereka kerana anda telah lakukan dengan cara yang betul.

Begitu banyak yang akan anda pelajari…

Keseluruhan masa (durasi) semua video dalam pakej pembelajaran ini adalah melebihi 6 jam. Seumpama anda menghadiri satu kursus seharian! Tetapi dengan video ini, anda pelajari sendiri di rumah ataupun di mana sahaja mengikut masa, keselesaan dan cara yang anda mahukan.

video-berniaga-facebook-fb
Kesemua 15 buah video!

 

TESTIMONI: “Video Mudahnya Berniaga di Facebook merupakan ilmu yang dinanti-nantikan oleh usahawan online ‘newbie’ seperti saya. Sebagai newbie, saya mengambil masa yang lama untuk memahami selok belok strategi dan teknik berbisnes di Facebook. Dengan adanya video ini, saya belajar asas bisnes di facebook langkah demi langkah dan ia dapat juga diaplikasi di medium lain seperti website. Banyak strategi dan trick yang simple tapi superb dikongsikan dalam 15 video ini. Sebelum anda “melebur” lebih banyak duit dalam bisnes, saya sarankan untuk kuasai ilmu asas yang simple dan superb ini dulu.”
Ros Atiqah Fatin, Pemilik Perniagaan Rafa Legacy.

Yang paling menarik dalam pakej ini adalah video mengenal pasti produk untuk dijual (durasi 59 minit) dan video cara menulis ayat jualan yang asas tetapi lengkap untuk anda. Teknik penulisan yang akan anda pelajari sudah memadai sebagai permulaan tanpa memerlukan formula yang lain. Ia sudah boleh digunakan untuk anda mula menjual.

Kebanyakan peniaga di FB mengatakan sukar menulis ayat jualan. Selepas belajar dengan merujuk video ini, anda akan mula pandai menulis ayat jualan yang asas tetapi sudah mencukupi untuk melakukan jualan produk/perkhidmatan.

Perkara paling penting juga adalah memilih produk. Memilih produk untuk dijual tidak boleh dilakukan secara sambil lewa atau hanya sekadar mahu menjualnya. Ada beberapa perkara dan langkah penting yang perlu anda lakukan.

Video ini sesuai bagi anda yang sering tidak dapat menyertai mana-mana kursus Membina Perniagaan di Facebook. Tempoh masa 6 jam video ini seumpama anda menghadiri sebuah kursus!

.

ITEM EXTRA…

Untuk setiap pembelian video “Mudahnya Berniaga di Facebook” ini, anda akan mendapat hadiah istimewa berikut:

[ BONUS AUDIO ] 5 buah audio yang akan menambahkan lagi kefahaman dan pengetahuan anda dalam bidang perniagaan di Facebook.

[ MANUAL TINDAKAN ] Untuk memudahkan anda melakukan tindakan, anda hanya perlu mengikut manual yang disediakan ini (dalam format PDF). Anda boleh cetak ia jika mahu.

Berapakah yang perlu anda laburkan untuk belajar ilmu “Berniaga di Facebook” ini?

Harga jualan pakej video ini adalah RM90.00.

Tetapi sempena Hari Raya Aidiladha nanti, anda diberikan diskaun TERHAD sebanyak RM30.00.

Jadi jumlah pelaburan yang perlu anda keluarkan adalah RM60.00 sahaja!

TETAPI… Peluang ini dibuka kepada 100 orang sahaja, dan selepas itu harga akan dinaikkan kepada RM80.00.

PENTING: Ribuan orang telah dimaklumkan tentang promosi istimewa ini.
Lakukan tempahan sekarang sebelum jualan DISKAUN ini ditutup.
.

RM60.00 untuk 100 pembeli sahaja.

HARGA INI Dibuka kepada 100 51 orang saja lagi.

Anda akan diberikan download link sebaik pihak kami mengesahkan pembayaran anda. Anda boleh terus download terus ke laptop mahupun gajet anda.

testimoni-diana
Puan Nordiana Ali, Melaka. Pemilik Perniagaan Candy Buffet ThePartyKru.

.

.

Yang ikhlas,
Mohd Zufadli.

smartzul-24

ps. Semakin lama anda bertangguh untuk memulakan perniagaan sendiri di Facebook, semakin sukar untuk anda melakukannya kelak kerana semakin ramai usahawan akan menggunakan Facebook untuk berniaga. Dapatkan video ini sekarang.