|
Daripada: Mohd Zulfadli (dikenali sebagai SmartZuL)

Salam Sejahtera
dan salam ceria. Semoga anda sihat di sana.
Terima kasih
kerana berminat untuk mendaftar newsletter smartusaha.com.
Sebelum
mendaftar, ada baiknya anda membaca beberapa perkara penting
yang berikut terlebih dahulu agar tidak timbul persoalan dan
pra-sangka yang tidak baik di suatu masa nanti setelah menerima
emel daripada kami.
Apakah
itu Newsletter?
Ia adalah emel
yang akan dihantar terus kepada inbox emel anda yang mengandungi
info, tip, berita dan sebagainya mengenai sesuatu topik. Dalam
kes ini, kami di SmartUsaha.com akan menghantar informasi,
panduan, tip dan berita mengenai perniagaan dan keusahawanan
Internet kepada anda secara percuma.
Apakah
yang akan anda dapat melalui Newsletter SmartUsaha.com?
Anda akan
mendapat banyak faedah seperti:
1. Info, tip
dan panduan mengenai perniagaan dan keusahawanan Internet.
Semuanya percuma tanpa sebarang kos.
2. Mendapat
ebook dan perisian percuma daripada kami.
3.
Berita atau info semasa mengenai perkembangan industri
perniagaan dan pemasaran Internet di Malaysia.
4. Anda akan
mengetahui produk-produk terkini yang berkaitan dengan
perniagaan Internet. Kami di SmartUsaha.com sentiasa mendapat
berita-berita terkini dan kami akan menghantarnya terus ke emel
anda atau menulis di blog kami.
5. Mendapat diskaun
atau potongan harga untuk apa sahaja produk keluaran
SmartUsaha.com. Sudah ramai yang mendapat faedah ini.
6. Apa sahaja
produk terkini (terbaru) keluaran smartusaha.com, hanya yang
berdaftar dengan newsletter kami sahaja yang akan tahu terlebih
dahulu produk keluaran terbaru itu. Samalah juga jika ada
peluang perniagaan, anda akan diutamakan berbanding mereka yang
tidak mendaftar.
7.
"Product Recommendations & Review". Kami di
SmartUsaha.com akan melakukan review terhadap mana-mana produk
yang ada di pasaran Internet terutama yang berkaitan dengan
perniagaan Internet dan keusahawanan. Biasanya kami akan membeli
atau mendapatkan produk tersebut terlebih dahulu sebelum
mencadangkannya kepada anda. Kami tidak sama-sekali akan
mencadangkan apa-apa produk yang tidak berguna kepada anda.
Adakah
Maklumat Pendaftaran Anda Selamat?
SmartUsaha.com
menggunakan khidmat GetResponse.com
yang mana mereka mempunyai kredibiliti dalam servis Newsletter.
Bermaksud, kami tidak boleh melanggar apa-apa undang-undang dan
etika Internet yang telah ditetapkan oleh mereka atau pihak yang
berwajib.
Andaikata anda
tidak mahu menerima apa-apa emel lagi daripada kami, anda boleh
mendaftar keluar (unsubcribe) bila-bila masa tanpa sebarang
halangan dengan klik pada link URL di emel yang disertakan pada
setiap emel yang dihantar. URL itu berada di bawah sekali pada
emel tersebut.
Apakah
itu SPAM?
SPAM bermaksud,
menghantar emel kepada orang yang tidak dikenali terutama emel
yang mengandungi unsur promosi. Ia adalah salah di sisi
undang-undang siber dan jika sampai di tahap serius, pelaku
boleh didakwa dan dihukum.
Tetapi
sebaliknya, dengan mendaftar newsletter dengan kemahuan dan izin
anda, maka emel yang anda terima daripada kami bukanlah SPAM.
Bermaksud, kami mengikut undang-undang siber dan juga yang
ditetapkan oleh GetResponse.com.
Mudah ceritanya, anda tahu siapa kami dan anda memang telah
bersetuju untuk menerima emel daripada kami.
Bagaimana
Mendaftar?
Ada dua langkah
pendaftaran. Pertama, anda perlu mengisi nama dan emel.
Kemudian, satu emel pengesahan secara automatik akan dihantar ke
emel anda. Buka emel tersebut dan klik pada URL yang diberikan
untuk mengesahkan pendaftaran anda.
Langkah
pengesahan itu bukan untuk menyusahkan anda, tetapi untuk
mengelakkan penyalahgunaan emel anda oleh orang lain. Ia juga
bagi memenuhi etika Internet dan undang-undang SPAM.
Usah
Berlengah Lagi
Jika anda
bersetuju untuk menerima emel newsletter dan seterusnya mendapat
faedah-faedah yang telah dinyatakan daripada kami, maka usah
berlengah lagi untuk mendaftar.
AWAS:
Jika anda hanya mahukan sesuatu yang percuma dan tidak berminat
mengenai perniagaan Internet, kami sama-sekali tidak
menggalakkan anda mendaftar. Kami hanya mahukan yang berminat
sahaja untuk menerima emel daripada kami.
Jika anda
bersetuju untuk menerima emel daripada kami, sila klik pada link
yang diberikan di bawah.
Selepas
mendaftar, anda akan mendapat 3 buah ebook secara percuma dan
salah satunya adalah "Panduan Asas PayPal".
Selanjutnya, jika saya mempunyai info dan tip untuk dikongsi,
saya akan menghantar emel kepada anda.
>> Klik
di sini untuk mendaftar <<
Terima kasih.
Yang Ikhlas,

Mohd
Zulfadli bin Suddin
Usahawan Internet
www.smartusaha.com
|