"Lebih Daripada 40 Video Panduan Yang Mendedahkan Dan Melatih Anda Menguasai Asas Internet, Domain Name, Hosting, Cpanel Dan FTP.
Semuanya Dalam Satu Pakej Yang Menjimatkan Wang Anda."

Ramai yang GAGAL bisnes Internet kerana tidak menguasai asas ini.
Tetapi anda boleh mencegahnya!

 

Daripada:


Mohd Zulfadli, Kuala Lumpur.
Jan 2014.

 

Salam sejahtera,

Setelah lebih enam tahun saya berkecimpung dalam dunia Internet secara serius, saya dapati salah satu punca kebanyakan orang yang gagal dalam perniagaan Internet adalah kerana tidak menguasai (sekurang-kurangnya asas) teknikal internet.

Tidak semua orang mampu mengupah orang lain melakukan sesuatu kerja untuk mereka, terutama apabila masih baru bermula dan modal yang tidak mengizinkan. Jadi melakukan sendiri beberapa perkara teknikal adalah menjadi pilihan pertama dan terakhir.

Suka untuk saya nyatakan beberapa realiti perkara berikut:

  • Masih ramai yang kurang jelas dengan beberapa perkara teknikal seperti domain name, hosting, Cpanel dan juga FTP.

  • Ramai orang yang ingin membeli domain name .com atas nama anda sendiri, tetapi tidak tahu caranya.

  • Masih ramai yang tertanya-tanya, apakah itu hosting dan bagaimana memuat naik (upload) laman web agar ribuan/jutaan orang dari seluruh dunia dapat mengaksesnya?

  • Saya dan sesiapa sahaja ingin memiliki emel sendiri atas nama domain .com sendiri. Contoh: emel@smartusaha.com. Ia emel yang profesional.

  • Semakin ramai yang kurang berminat membaca ebook yang panjang berjela muka suratnya.

  • Sesiapa sahaja mahu dan berminat menjimatkan wang tanpa membeli terlalu banyak panduan berkaitan teknikal Internet.

  • Dan ini disukai oleh sesiapa sahaja. Belajar sesuatu perkara hanya dari rumah dengan suasana yang selesa, tanpa perlu menyertai kursus yang jauh dan tinggi kosnya.

Berita baiknya, anda berada di laman web yang akan merealisasikan kesemua perkara di atas. Dengan hanya kelesaan dari rumah, anda bakal mendapat informasi dan juga panduan yang jelas serta padat mengenai semua subjek (perkara) tersebut. Ya, hanya belajar mengikut keselesaan di rumah!

Tidak kira siapa anda sama ada usahawan internet, peniaga online, Internet Marketer, pelajar, blogger, pendidik atau sesiapa sahaja yang mahu belajar dan mengetahui perkara penting ini, pakej panduan berikut perlu didapatkan segera.

Perkenalkan, Pakej Video KuasaFTP!

Produk ini adalah di dalam bentuk video dan ia perlu didownload ke komputer.
Imej grafik di atas hanya sekadar gambaran
.

 

Anda/i yang saya hormati,

Di dalam panduan berbentuk video ini, anda akan mempelajari beberapa perkara iaitu:

(i) Asas Internet

(ii) Domain Name & Hosting

(iii) Asas Cpanel

(iv) File Transfer Protocol (FTP)

Yang pasti, semuanya HANYA dalam satu pakej sahaja. Tidak perlu membeli panduan demi panduan. Ya, anda mampu berjimat!

 

MODUL 1: ASAS INTERNET

Di dalam modul ini, anda akan diterangkan secara ringkas mengenai:

  • Apa Itu Internet.

  • Keperluan Akses Internet.

  • Apa Itu Laman Web dan HTML.

Kegagalan memahami apa itu Internet secara asas, menyukarkan usaha pembinaan dan perlaksanaan perniagaan Internet. Akhirnya, ia terhenti di tengah jalan.

 

MODUL 2: DOMAIN NAME & HOSTING

Di dalam modul ini, anda akan diterangkan secara ringkas mengenai:

  • Apa Itu Domain Name

  • Apa Itu Hosting

  • Pembelian Domain & Hosting

  • Tip Pembelian Domain & Hosting

  • Cara Beli Hosting (contoh sebenar)

Contoh domain name adalah seperti www.SmartUsaha.com. Jadi, bagaimana cara untuk mendapatkannya? Di mana? Berapa harganya? Siapa yang perlu dihubungi? Semua soalan ini ada jawapannya dalam modul ini.

 

MODUL 3: ASAS CPANEL

Di dalam modul ini, anda akan diterangkan secara ringkas mengenai:

  • Asas Cpanel

  • Buat Emel Sendiri dan Login ke akaun emel

  • Email Forwarder

  • Menggunakan File Manager

  • Cara Add On Domain

  • Buat Subdomain dan Park Domain

  • Semak Statistik

  • Penggunaan File Manager

  • dan banyak lagi!

Cpanel adalah nadi utama kepada laman web dan blog. Tanpa penguasaan asas terhadap Cpanel, anda tidak akan mampu meneruskan perniagaan Internet bersendiri. Apa yang dapat saya katakan, adalah terlalu sukar untuk cepat berjaya jika kita tiada asas penggunaan Cpanel.

 

MODUL 4: FILE TRANSFER PROTOCOL (FTP)

Di dalam modul ini, anda akan diterangkan secara ringkas mengenai:

  • Asas FTP

  • Perisian FileZilla: Asas dan Pemasangan

  • Penggunaan & Praktik FileZilla

  • Site Manager: Cara Pantas Login

Dengan menguasai FTP (File Transfer Protocol), anda akan mula faham bagaimana laman web yang dibina di komputer dapat 'dihantar' ke server (hosting), sehingga orang lain dari seluruh dunia dapat mengakses laman web itu.

"EMPAT MODUL (subjek) di atas mengandungi lebih lebih daripada 40 buah video! Anda akan mendapat ilmu dan kemahiran baru dengan belajar melalui VIDEO panduan ini."

 

Mengapa Perlu Kuasai Subjek Ini?

Jika anda mahu menceburi bidang perniagaan dan pemasaran internet ataupun mahu membina laman web atau blog, kemahiran-kemahiran di atas (empat modul di atas) adalah WAJIB dipelajari agar memudahkan proses pembinaan dan perlaksanaan bisnes internet yang dilakukan.

Sebahagian besar usahawan internet yang berjaya adalah mereka yang menguasai asas-asas penting ini, tetapi biasanya mereka tidak mendedahkan kebanyakan perkara teknikal mereka lakukan sendiri.

Empat modul di atas adalah saling berkaitan. Maka sebab itu saya gabungkan kesemuanya dalam satu pakej. Bayangkan jika satu modul di atas bernilai RM30, maka jika semuanya dibeli secara berasingan, anda perlu mengeluarkan kos sebanyak RM120!

Tetapi melalui Pakej Video KuasaFTP ini, ia tidak setinggi itu. Anda mampu berjimat.

 

Tempah produk ini sekarang juga.

Bukan RM60.00

RM40.00 untuk 30 pembeli terawal!

Harga akan dinaikkan kepada RM60.00 sebaik sahaja
30 orang pembeli terawal dipenuhi.

 

PERCUMA!

Terhad untuk 30 orang pertama sahaja

Bonus 1: Sistem EzSurvey - bernilai RM20.00
Disertakan bersama hak jual semula

Sistem dan disertakan dengan panduan bagaimana melalukan kajian pasaran secara mudah. Sistem ini saya jual di sini: http://malaysiasoho.com/ezsurvey/

Dapatkan produk bernilai RM20.00 ini secara percuma dengan
pembelian Pakej Video KuasaFTP.

 

 

 

 

Yang ikhlas,

Mohd Zulfadli (SmartZul)
www.SmartUsaha.com

ps. Jaminan puas hati dengan memiliki video panduan ini. Minimakan kegagalan anda dalam perniagaan internet. Klik di sini untuk proses tempahan yang mudah!

pps. Mengapa saya dan lain-lain usahawan internet mudah berniaga di Internet? Kerana kami mempunyai kemahiran teknikal (empat modul di atas). Dan berita baiknya, anda juga boleh. Klik di sini untuk tempahan Pakej Video KuasaFTP.