AMARAN: Sistem ini adalah wajib jika anda mahukan kejayaan penjualan produk di Internet!

"Jangan Mulakan Proses Penghasilan Produk Anda Sebelum Bertanya Bakal Pembeli Apa Yang Mereka Perlukan, Jika Anda Tidak Mahu Rugi Besar!"

Dengan Hanya Beberapa Minit Sahaja, Anda Kini Mampu Memulakan Proses Kaji Selidik Dengan Lebih Cepat & Mudah!

 

Dari Meja: Mohd Zulfadli (SmartZul)
Perkara: Rahsia Untung Besar Perniagaan Internet


Salam sejahtera,

Ramai orang memulakan perniagaan Internet secara terburu-buru. Mereka mahukan wang dengan cepat dan mahu menghasilkan pendapatan yang banyak.

Tetapi amat kasihan sekali kerana mereka lupa dan leka terhadap langkah pertama sebelum memulakan sebarang usaha penjualan produk.

Lihat sahaja di sekeliling anda sekarang. Ada telefon, buku, pen, jam, barangan kosmetik, produk kesihatan dan banyak lagi. Kesemua barangan ini boleh dijual di Internet.

NAMUN! Tidak semestinya ia akan laku seperti pisang goreng panas atau paling kurang terjual untuk kuantiti yang banyak.

Di dalam perniagaan, kita mahukan keuntungan yang besar atau dalam erti kata yang lain, kita mahu produk kita dibeli tanpa henti pada setiap hari. Bangun sahaja daripada tidur, sudah ada pesanan di kotak emel kita. Ini yang kita mahu dan bukan menjual produk yang amat susah untuk mendapat pembeli.

Kes 1: Kegagalan Jualan Produk

Sazali (bukan nama sebenar) begitu teruja apabila mendengar dan melihat kejayaan orang lain berniaga di Internet. Lantas tanpa membuang masa, beliau terus membuat keputusan untuk menjual produk yang beliau rasakan amat hebat.

Produk ini beliau hasilkan sendiri dengan harapan agar dengan kehebatan produk itu, sudah pasti akan ramai yang akan membelinya nanti..

Kos yang telah beliau keluarkan untuk menjual produk tersebut ialah:

[1] Nama domain dan Hosting = RM100.00

[2] Kos upah laman web = RM450

[3] Kos penghasilan produk = TIADA (sebab produk digital)

[4] Masa penyiapan produk = 55 hari

JUMLAH KOS = RM550.00 dan 55 hari

Selepas siap produk dan laman web jualan, Sazali terus mempromosikan produk tersebut. Hari berganti hari, namun jumlah jualan yang diharapkan boleh dikira dengan jari. Jumlah pendapatan hanyalah RM65.00 sahaja dan ia jauh lagi untuk mengembalikan modal yang dikeluarkan.

Bayangkan, Sazali telah mengambil masa selama 55 hari untuk menghasilkan produk. Siang dan malam, makan minum tak terurus semata-mata mahu menyiapkan produk.

Dengan rasa putus asa, Sazali menghentikan perniagaan produk tersebut kerana teramat letih dengan usaha promosi yang dilakukan tetapi tiada pembeli yang banyak.

Nasib baiklah Sazali menghasilkan produk digital. Kiranya tak rasa sangat kerugian yang dialami. Kalaulah beliau menghasilkan produk fizikal yang menyimpan banyak stok, sudah pasti Sazali akan tertekan dan sakit tenat. :)

Apakah punca kegagalan produk Sazali ini?

Jawapannya mudah: Sazali tidak melakukan kaji selidik dahulu sebelum menentukan produk yang sesuai dipasarkan di Internet. Sebaliknya, beliau "main redah" sahaja mengikut perasaannya.

Penyelesaian: Di dalam menentukan produk apa yang perlu dijual, kita perlu melihat apa yang orang ramai mahukan. Sebaliknya, bukan apa yang kita mahu jual.

Dengan mengetahui apa yang bakal pembeli mahukan, barulah kita tahu produk apa yang perlu dijual atau yang boleh dihasilkan.

Dengan itu, barulah kos dan masa yang digunakan tidak sia-sia begitu sahaja kerana apa yang kita hasilkan adalah apa yang orang ramai mahukan.


Kes 2: Kejayaan Jualan Produk + Keuntungan Berganda

Zahid (bukan nama sebenar) telah merancang untuk melakukan satu projek perniagaan Internet. Apa yang beliau fikirkan sekarang ialah ingin menjual produk kesihatan khas untuk lelaki.

Produknya sudah ada yang mana boleh didapatkan terus daripada pihak pengeluar. Namun sebelum itu, Zahid lakukan kaji selidik dahulu, apakah produk yang betul-betul diperlukan oleh kaum lelaki tersebut.

Lantas Zahid lakukan kaji selidik tersebut di Internet. Selepas habis tempoh kajian, Zahid telah mendapat banyak respon dan jawapan daripada ramai orang. Boleh dikatakan 90% responden kaji selidik tersebut mahukan satu penyelesaian untuk masalah kesihatan mereka terutama untuk kebaikan rumahtangga.

Akhirnya Zahid tahu apa yang orang ramai mahukan. Seterusnya barulah beliau dapat tentukan produk mana yang lebih sesuai untuk dipasarkan di Internet khas untuk golongan tersebut.

Hasilnya, produk yang dijual itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Setiap hari, pasti ada sahaja orang yang membelinya di laman web jualan produk tersebut.

Katakan Zahid mengeluarkan kos sebanyak RM500.00 dan beliau mendapat untung RM1000.00 pada bulan pertama, modal RM500.00 itu telah pun diperolehi semula. Bagaimana pula keuntungan di bulan-bulan seterusnya?

Inilah yang dikatakan "Rahsia Produk Yang Laris" atau "Rahsia Untung Besar di Internet". Produk yang dijual itu memenuhi apa yang orang ramai mahukan.

Sazali rugi besar, tapi Zahid untung banyak. Anda sudah tahu apa sebabnya...

Namun mesti anda masih tertanya-tanya,

Bagaimana cara melakukan kaji selidik tersebut?

Salah satu caranya ialah dengan menggunakan Sistem Kaji Selidik. Atau dalam English ia dipanggil sebagai Survey System. Kaji selidik ini bukanlah apa yang anda bayangkan atau apa yang anda fahami selama ini. Ia hanya satu proses yang amat mudah sahaja.

Selain menggunakan Sistem Survey, anda juga boleh gunakan forum dengan bertanya soalan yang berkaitan. Atau anda boleh bertanyakan kepada pembaca blog anda. Atau, anda boleh bertanya kepada subscribers LIST anda. Jika anda mempunyai modal, anda boleh menggunakan sistem-sistem yang ada dijual di Internet, TETAPI kadar bayarannya boleh tahan mahalnya.

Nampak terlalu sukar? Atau teknik tersebut seperti tidak terurus dan efisyen?

Usah gusar... Kerana mulai hari ini anda sudah mampu untuk melakukan kaji selidik dalam masa beberapa minit sahaja. Dengan syarat, anda sudah ada soalan yang ingin ditanyakan kepada bakal pembeli atau target market anda dan ada sedikit asas komputer dan Internet.

Perkenalkan... Sistem EzSurvey!

 

Imej hanya gambaran produk sahaja. Produk ini adalah digital.
Anda akan menerima produk ini melalui emel (download).

Sistem ini adalah inovasi kreatif daripada anak muda Malaysia. Sistem ini tidak terlalu kompleks. Apa yang anda perlukan hanyalah hosting (yang support PHP) dan nama domain sahaja. Sistem ini sama sekali tidak menggunakan database.

Anda amat memerlukan sistem Survey ini. WAJIB!

Terdapat banyak sebab mengapa anda perlu mendapatkan sistem ini:

  • Mudah digunakan. Amat simple!
  • Tentukan soalan yang ingin ditanya, lakukan konfigurasi, upload dan siap! Semudah A B C!
  • Sistem ini adalah yang termurah di pasaran.
  • Sistem ini yang pertama di pasaran Malaysia. Khas untuk bidang perniagaan Internet.
  • Hanya perlukan sedikit kemahiran teknikal.
  • Panduan penggunaan diberikan. Jadi usah risau!
  • Tidak perlu tahu guna perisian laman web.


Sekali lagi saya nyatakan, anda wajib melakukan kaji selidik jika mahu membuat duit besar!

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kebaikan melakukan Survey ialah:

  • Anda perlu melakukan kaji selidik untuk mengetahui adakah produk yang bakal anda hasilkan nanti betul-betul ada orang yang akan membeli.
  • Kaji selidik akan menentukan anda perlu atau tidak meneruskan projek yang dirancang.
  • Mengelakkan kerugian besar (masa dan kos) akibat melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan.
  • Dengan melakukan kaji selidik, anda akan tahu projek yang perlu diutamakan (sudah pasti yang bagi keuntungan).
  • Melakukan kaji selidik bermakna anda seorang usahawan yang bijak, iaitu tidak membazirkan masa dan kos dengan menjual produk yang tidak menguntungkan.
  • Memantapkan lagi usaha kaji selidik pasaran di samping melakukan teknik kajian yang lain. Sudah pasti keputusan kajian akan lebih menghampiri ketepatan.

Dengan Sistem EzSurvey, anda akan mampu melakukan kaji selidik dengan mudah dan cepat. Jika anda sudah biasa menggunakan Internet dan membina laman web, sistem ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk menghasilkan kempen (usaha) kaji selidik.

100% Dijamin Seperti Yang Dikatakan!


Sudah pasti anda mahu tahu bagaimana sistem ini berfungsi bukan? Secara mudah, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan atau yang akan berlaku:

Langkah 1: Konfigurasi File utama

Langkah 2: Masukkan soalan kaji selidik

Langkah 3: Upload File sistem ke Hosting

Langkah 4: Dapatkan pelawat ke Page kaji selidik

Langkah 5: Pelawat akan menjawab soalan kaji selidik

Langkah 6: Anda akan mendapat emel jawapan

Anda hanya perlu melakukan langkah 1 hingga 4 sahaja. Selebihnya, sistem eZSurvey ini yang akan melakukan segalanya bagi anda. Ya, automatik!

Hanya dalam beberapa minit sahaja, anda mampu menghasilkan laman Survey sebegini:

(klik di sini untuk besarkan imej di atas)

Tanpa perlu tahu sedikit pun 'design' page sebegitu, tanpa perlu guna apa-apa perisian, tanpa perlu tahu perkara teknikal (seperti pengaturcaraan sistem), anda mampu menghasilkan kempen survey sebegini dalam masa beberapa minit sahaja!

Ini bukan karut atau hanya janji kosong. Yang pasti anda akan terpukau dengan sistem ini. Dapatkan sistem ini sekarang juga untuk mula melakukan Survey bagi perniagaan Internet anda!

Apa Kata Mereka?

"Tak Sampai 5 Minit!"

Satu lagi produk yang telah berjaya dihasilkan oleh saudara Smartzul bagi kegunaan IM tempatan. Saya telah pun mencuba memasang sistem ini dan ianya tidak sampai 5 minit telah berjaya digunakan.

Memang sungguh mudah dan cepat. Sebelum anda menghasilkan sesuatu produk, teramatlah penting anda membuat kajian pasaran, dan kajian ini bertambah mudah sekiranya anda mempunyai suatu sistem yang mengumpul kajian anda dengan tersusun.

Sistem terbaru yang dihasilkan saudara Smartzul telah datang tepat pada masanya. Anda hanya perlu melakukan sedikit konfigurasi, upload ke server dan siap!! Tidak melibatkan pengetahuan programming untuk menghasilkan sistem ini.

Tahniah zul, ia akan memudahkan usahawan internet membuat kajian dan penghasilan produk yang bermutu daripada sistem yang zul hasilkan ini.

Opps.. saya juga boleh menghasilkan pendapatan sampingan dengan lesen MRR yang diberikan oleh saudara SmartZul kepada saya sebagai pembeli.

Yang benar,

MazlieNadzri
www.mazlienadzri.com

 

"Sistem Ini Wajib Bagi Anda!"

Sebagai seorang usahawan, kita perlu melakukan survey terhadap pasaran terlebih dahulu sebelum memasarkan sebarang jenis produk. Tanpa mengetahui apakah permintaan pasaran, kita mungkin akan mengalami kerugian dalam memasarkan produk kerana tiada orang yang akan membeli produk yang dipasarkan.

Sistem EzSurvey yang dibangunkan oleh Zul ini dapat membantu serta memudahkan tugas kita melakukan penyelidikan terhadap permintaan pasaran.

Ia bukan sahaja mudah untuk dipasang malah dilengkapi dengan konsep yang bakal menguntungkan pengguna dalam melakukan aktiviti pemasaran di internet.

Tahniah Zul kerana menghasilkan script mudah survey ini. :)

Ikhlas,

Amirol Zolkifli
www.WebJualan.com


Mereka telah mencuba sistem ini. Kini giliran anda pula. Sudah tidak sabar? Klik di sini untuk dapatkannya sekarang!

 

Contoh Kaji Selidik

Masih ragu? Ok, berikut adalah contoh emel jawapan Survey yang diterima daripada responden untuk salah satu kempen Survey yang telah dilakukan dengan menggunakan sistem EZSurvey:

Tajuk Survey: Perniagaan Internet
Soalan: Apakah yang paling anda mahu tahu berkaitan dengan perniagaan Internet?

Hasil Soal Selidik:

Imej di atas hanya sebahagian daripada jawapan yang saya perolehi daripada soalan yang ditanyakan kepada mereka. Apa yang saya perlu buat dengan jawapan tersebut?

Sudah pasti ia digunakan untuk merangka produk bagaimana yang perlu saya hasilkan. Jawapan mereka adalah keperluan dan kemahuan mereka. Mudah cerita, isi kandungan produk nanti adalah apa yang mereka mahukan.

Walhasilnya, saya menghasilkan produk yang orang perlukan, bukan produk yang diasaskan kepada persangkaan diri semata-mata. Mudah cerita, dengan merujuk kepada apa yang mereka mahukan, anda akan menghasilkan produk yang memberi keuntungan besar!

Dapatkan Sistem eZSurvey ini pada hari ini juga untuk menentukan produk apa yang boleh dijual dan meraih jualan yang besar!

Apa Yang Akan Anda Dapat?

Dengan pembelian Sistem EzSurvey ini, anda dibekalkan bersama beberapa item dan material penting agar penggunaan Sistem ini lebih optimum dan berkesan:

ITEM 1# Panduan Asas Survey. Anda akan diterangkan serba sedikit mengenai kepentingan kaji selidik agar anda jelas kepentingannya. Disertakan sekali tip mendapatkan trafik ke laman web kaji selidik anda.

ITEM 2# Koleksi Contoh Soalan Survey. Ia merupakan contoh-contoh soalan survey agar anda mudah mendapat idea untuk kaji selidik anda sendiri.

ITEM 3# Case Study Survey. Contoh sebenar satu kempen Survey yang saya lakukan. Saya juga akan dedahkan salah satu produk yang dihasilkan berdasarkan feedback daripada survey tersebut. Anda pasti terkejut apabila mengetahui apakah produk tersebut.

ITEM 4# Panduan Mudah FTP. Amat membantu anda yang tidak ada asas mengenai nama domain, Hosting dan cara upload file ke Server.

ITEM 5# Panduan Penggunaan Sistem EZSurvey. Anda akan ditunjukkan satu persatu apa yang perlu dilakukan dari awal sampai akhir. Panduan ini di dalam bentuk dokumen PDF dan video.

Kesemua ITEM ini bernilai lebih daripada RM67.90!

 

"Wow, mudahnya!"

Terima kasih Zul kerana telah menyediakan satu lagi produk internet yang simple dan bermutu. Satu kelebihan produk ini ialah dengan hanya beberapa sentuhan, terbina satu laman web lengkap yang dapat membantu anda membuat survey di internet. 

Kerja yang begitu susah dipermudahkan, produk Zul tak pernah menghampakan.

Jebat Abd. Kadir
http://mesrainternet.com/blog

 

Usah Menangguh Lagi. Dapatkan Sekarang!

Imej hanya gambaran produk sahaja. Produk ini adalah digital.
Anda akan menerima produk ini melalui emel (download).

Hanya RM20.00 Sahaja
Termasuk Hak Jualan Semula!

[ Klik Di Sini Untuk Membeli ]

 

 

Yang ikhlas,

Mohd Zulfadli (SmartZul)
Infopreneur; Blogger

p.s. Harga produk ini akan dinaikkan kepada RM30.00 sebaik sahaja cukup 100 pembeli pertama. Ia akan dinaikkan harga pada bila-bila masa sahaja.

p.p.s. Usah berfikir dua kali untuk mendapatkan produk ini kerana ia adalah penentu kepada kejayaan perniagaan Internet anda. Dapatkan sekarang juga!

p.p.s.s. Dengan membeli produk ini, bermakna anda berhak menjualnya semula. Ya, anda boleh buat duit dengan menjual semula produk ini dan simpan 100% keuntungan jualan!

 

| Pembelian | Hubungi Kami |

 

Earnings Disclaimer

EVERY EFFORT HAS BEEN MADE TO ACCURATELY REPRESENT THIS PRODUCT AND IT'S POTENTIAL. EVEN THOUGH THIS INDUSTRY IS ONE OF THE FEW WHERE ONE CAN WRITE THEIR OWN CHECK IN TERMS OF EARNINGS, THERE IS NO GUARANTEE THAT YOU WILL EARN ANY MONEY USING THE TECHNIQUES AND IDEAS IN THESE MATERIALS. EXAMPLES IN THESE MATERIALS ARE NOT TO BE INTERPRETED AS A PROMISE OR GUARANTEE OF EARNINGS. EARNING POTENTIAL IS ENTIRELY DEPENDENT ON THE PERSON USING OUR PRODUCT, IDEAS AND TECHNIQUES. WE DO NOT PURPORT THIS AS A “GET RICH SCHEME.”

ANY CLAIMS MADE OF ACTUAL EARNINGS OR EXAMPLES OF ACTUAL RESULTS CAN BE VERIFIED UPON REQUEST. YOUR LEVEL OF SUCCESS IN ATTAINING THE RESULTS CLAIMED IN OUR MATERIALS DEPENDS ON THE TIME YOU DEVOTE TO THE PROGRAM, IDEAS AND TECHNIQUES MENTIONED, YOUR FINANCES, KNOWLEDGE AND VARIOUS SKILLS. SINCE THESE FACTORS DIFFER ACCORDING TO INDIVIDUALS, WE CANNOT GUARANTEE YOUR SUCCESS OR INCOME LEVEL. NOR ARE WE RESPONSIBLE FOR ANY OF YOUR ACTIONS.

MATERIALS IN OUR PRODUCT AND OUR WEBSITE MAY CONTAIN INFORMATION THAT INCLUDES OR IS BASED UPON FORWARD-LOOKING STATEMENTS WITHIN THE MEANING OF THE SECURITIES LITIGATION REFORM ACT OF 1995. FORWARD-LOOKING STATEMENTS GIVE OUR EXPECTATIONS OR FORECASTS OF FUTURE EVENTS. YOU CAN IDENTIFY THESE STATEMENTS BY THE FACT THAT THEY DO NOT RELATE STRICTLY TO HISTORICAL OR CURRENT FACTS. THEY USE WORDS SUCH AS “ANTICIPATE,” “ESTIMATE,” “EXPECT,” “PROJECT,” “INTEND,” “PLAN,” “BELIEVE,” AND OTHER WORDS AND TERMS OF SIMILAR MEANING IN CONNECTION WITH A DESCRIPTION OF POTENTIAL EARNINGS OR FINANCIAL PERFORMANCE.

ANY AND ALL FORWARD LOOKING STATEMENTS HERE OR ON ANY OF OUR SALES MATERIAL ARE INTENDED TO EXPRESS OUR OPINION OF EARNINGS POTENTIAL. MANY FACTORS WILL BE IMPORTANT IN DETERMINING YOUR ACTUAL RESULTS AND NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU WILL ACHIEVE RESULTS SIMILAR TO OURS OR ANYBODY ELSES, IN FACT NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU WILL ACHIEVE ANY RESULTS FROM OUR IDEAS AND TECHNIQUES IN OUR MATERIAL.

 

 

Hakcipta Terpelihara © InspirasiMaya.com