Monthly Archives: October 2014

Jangan dibuat-buat

Apabila kita melakukan satu penyampaian sama ada presentation ataupun ucapan, segala gerakan dan cara kita bercakap tidak perlu dibuat-buat sehingga audiens perasan. Ini akan mencacatkan kredibiliti kita di mata mereka.

Apa yang perlu dlakukan adalah anda tenangkan diri dan jadi diri sendiri.

Namun tidak bermakna anda tidak boleh melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan, tetapi ada caranya iaitu anda perlu berlatih membiasakannya. Kedua, jangan kerap menukar perancangan yang baru pada setiap sesi anda. Lakukan perkara yang sama, tetapi mungkin dengan suasana yang berbeza agar ia nampak “fresh” pada pendengar yang sama.

Belajar Berucap di Pentas

Setelah kali pertama saya berucap di hadapan orang ramai, saya mula rasa seronok untuk berkongsi. Kemudiannya mentor saya itu tadi menjemput saya lagi pada tahun 2006. Dan pada tahun 2006 itu pula, ada kenalan mengajak saya untuk mengadakan siri kursus secara bersama-sama. Kami adakan beberapa kali di sekitar KL dan Selangor.

Baca lagi di sini.

Tujuan Belajar Berucap

Belajar berucap bukanlah bermaksud kita mahu menjadi pengucap ataupun penceramah sepenuh masa, ataupun itu adalah kerjaya kita. Tidak semestinya.

Apabila kita berani berucap di hadapan ramai orang (ratusan, ribuan dan puluhan ribu), kita akan mula berubah. Kita bukan lagi seorang yang pemalu, tidak yakin dan hanya berkurung di rumah.

Jika kita berniaga, kita semakin berani untuk berurusan dengan sesiapa sahaja dan berani untuk berkawan dengan apa jua jenis usahawan.

Apabila kita berucap dengan yakin dan menarik, itu adalah salah satu promosi percuma untuk diri anda dan perniagaan yang anda lakukan.

Berucap juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara pemasaran. Saya pernah dijemput sebagai penceramah tetapi tidak mengenakan bayaran. Sebaliknya semasa penyampaian dilakukan, saya memperkenalkan bisnes yang saya lakukan.

Selain daripada itu, jangan lupa ambil gambar semasa anda memberikan ucapan dan ceramah. Jadikan ia sebagai salah satu cara untuk menyatakan anda adalah seorang usahawan yang serius.

Pandai berucap juga dapat membantu anda lebih yakin dalam melakukan “presentation” untuk tujuan tertentu seperti di hadapan “funder” dan pihak-pihak pemberi dana.

—-
Mohd Zulfadli
http://smartusaha.com/belajarberucap