Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Mengapa Ramai GAGAL Buat Duit Di Internet?

21 11 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Saya banyak juga menerima emel daripada mereka yang telah banyak mencuba buat duit di internet. Malah ada yang mengatakan mereka banyak juga tertipu dengan program SCAM.

Malah yang agak mengecewakan adalah, setiap kali saya bercakap mengenai perniagaan internet, ada yang mencelah, “eh, ni program apa ni?”. Oh, mereka hanya tahu program sahaja.

Di luar sana, banyak program skim cepat kaya. Saya tak nak komen hal ini. Bagi saya, sendiri buat, sendirilah tanggung. Pihak kerajaan, media, pendakwah, bloggers, semua dah pesan agar jauhi program sebegini. Jadi, menjadi tanggungjawab kita lah untuk peka dan serius dengan hal-hal sebegini.

Rahsia Perniagaan Internet?

Sebenarnya, tiada rahsia di dalam perniagaan internet atau buat duit di internet. Hakikatnya apa yang perlu adalah:

1. Cara yang BETUL

2. Fokus dan terancang

3. Konsisten

4. Usaha yang RAJIN

5. Tak mudah putus asa

Rata-rata yang gagal buat duit di internet adalah bermindakan mahu wang semata-mata. Sebab itu mereka gagal. Matlamat awal dan akhir mereka, tujuan utama mereka, fikiran mereka, HANYA DUIT SEMATA-MATA.

Jadi, disebabkan mereka telah berusaha kuat dan tidak mendapat hasil, akhirnya mereka berputus-asa dan paling teruk akan menyalahkan orang lain.

Sepatutnya, mereka perlu terus belajar dan belajar, mencuba dan mencari apakah yang berkesan untuk mereka. Namun hakikatnya kebanyakan orang tidak rela melakukan semua ini. Mereka hanya mahu duit cepat. Mereka tidak mahu bersusah-susah dahulu.

Terkadang saya terfikir seketika, adakah orang zaman sekarang sudah tidak mahu berpijak di bumi nyata? Jiwa mereka yang suci telah dicemari dengan kehendak-kehendak yang merendahkan martabat dirinya sendiri yang mana Allah jadikan mereka dengan begitu sempurna.

Kalau inilah mentaliti orang-orang kita, amat susah kita mahu berganjak daripada keadaan kemunduran yang dihadapi sekarang kepada satu tahap yang lebih baik. Amat sukar..

Memanglah kita mahukan duit. Siapa yang tak mahu duit yang banyak. Saya pun nak juga. Semua orang nak. TAPI, kita jangan utamakan fokus pada hasilnya, tapi fokuslah pada usaha yang dilakukan. Kalau kena usahanya, hasilnya pasti ada.

Usaha itu perlulah BETUL dan TERANCANG dengan baik. Saya katakan usaha yang betul kerana ramai yang buat sesuatu dengan cara yang kurang betul. Jadi bagaimana nak dapat hasilnya kan? Nak tahu cara yang tepat dan menjadi, perlulah BELAJAR.

Bila sebut belajar, hmm, tak semua orang sudi, rela dan mahu ambil masa untuk belajar. Mereka hanya tahu cepat, cepat dan cepat. Kalau boleh tak nak lah susah-susah ni.

Realiti yang mengejutkan!

90% mereka yang mahu berniaga di internet adalah kerana fikiran mereka yang kusut memikirkan masalah wang! Mereka juga ingin lari jauh daripada pekerjaan makan gaji sebab bosan dengan karenah bos dan politik pejabat!

Ya, ramai yang menghubungi saya menyatakan mereka ingin lari daripada masalah wang dan kekusutan hidup. Memang tidak salah niat tersebut. NAMUN, jika ia dijadikan sebab utama untuk berniaga, amat sukar untuk perniagaan bertahan lama.

Kalau setakat berniaga untuk cari duit TAPI anda tidak minat berniaga, tidak mahu belajar, tidak mahu usaha kuat, kekusutan hidup akan semakin bertambah.

Apa yang betulnya adalah, perlu niat di hati melakukan perniagaan adalah kerana mahu membina sebuah perniagaan yang maju dan berjaya. Kekusutan semua itu hanyalah masalah yang akan selesai jua kelak. Jangan jadikan ia sebab utama melakukan perniagaan.

Kesimpulan

Berjaya atau gagal usaha yang dilakukan adalah bergantung kepada mentaliti kita dan gaya kita berfikir. Jika arah pemikiran kita adalah POSITIF, insyaAllah hasilnya juga positif. Jika cara kita berfikir adalah negatif, sudah tentu susah untuk dapat hasil.

Berusahalah dengan rajin, sentiasa belajar sedikit demi sedikit dan bina empayar perniagaan atau kekayaan yang anda mahukan dengan cara FOKUS kepada usaha. Bukan fokus kepada DUIT semata-mata.

Akhir kata, tukarlah cara kita berfikir kepada pemikiran yang lebih POSITIF, tenang, tidak kalut dan sentiasa berdoa dan tawakal kepada ALLAH SWT.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...






Promosi Terakhir Sebelum Perubahan…

20 11 2008

Saya akan melakukan beberapa perubahan drastik kepada blog ini dalam masa terdekat.

Antaranya adalah, saya tidak akan lagi mempromosikan sebarang produk affiliate di blog ini. Blog ini saya akan gunakan 100% untuk perniagaan saya, mempromosikan HANYA produk-produk saya dan produk-produk “rakan niaga strategik” saya.

Ini bukan bermakna saya tidak akan mempromosikan sebarang produk affiliate lagi, tapi saya akan gunakan blog lain dan List lain yang akan diwujudkan kelak.

Saya sekarang sedang review beberapa buah produk IM tempatan dan akan promosikan di blog ini. Antaranya adalah Ebook Affiliate A Plus Ammar, Panduan SEO Inspiration, Kuasa Lelong Noorizam dan juga produk terbaru LuvLee.

Selepas saya promosikan produk-produk tersebut, insyaAllah tiada lagi sebarang promosi produk-produk affiliate di blog ini.

Dan dengan ini juga, saya ingin menyatakan, saya tidak menerima apa-apa JV lagi selepas ini sehinggalah saya menyatakan ia dibuka kembali.

Dan jika anda inginkan testimoni daripada saya atau inginkan pendapat terhadap produk anda, sila hubungi saya pada bila-bila masa. Namun, saya tidak menjanjikan apa-apa respon terbaik untuk anda.

Untuk ruang iklan di blog ini, ia telah ditutup dan tidak akan dibuka lagi. Jadi harap tak hubungi saya lah untuk tanya mengenai ruang iklan.

Pesanan Ikhlas

Satu pesanan ikhlas saya kepada semua usahawan Internet, beranjaklah dari level sekarang kepada level yang lebih tinggi. Jangan sesekali berasa selesa dengan cara sama atau satu keadaan.

Jika anda benar-benar usahawan, berusahalah untuk melakukan anjakan demi anjakan. Tiada sesiapa yang dapat membantu kita melainkan diri kita sendiri.

Hakikat yang perlu kita terima adalah, semua usahawan masing-masing mahu ke hadapan. Tidak kisah mereka rakan JV ke, rakan baik kita ke, jika kita leka, selesa dan lambat bertindak, sudah pasti kita ketinggalan jauh.

Hanya kita yang boleh menentukan di mana kita berada dan apa yang kita capai. Bukan orang lain.

Harap maklum.

- smartzul

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...






Menerima Kritikan Dengan Terbuka

18 11 2008

Hidup di dunia tidak dapat lari daripada kritikan dan kata-kata manusia. Walaupun kita buat perkara baik, kita tetap dikritik.

Manusia yang teruk adalah manusia yang suka cakap mengenai hal orang. Hatta rumahtangga orang pun tanpa segan silu diperkatakan. Mereka ingat mereka berkata baik agar masalah yang berlaku dapat selesai. Tapi mereka silap, mereka telah mengumpat dan menambah marak api yang belum terpadam.

Semoga kita tidak menjadi seperti manusia-manusia itu. Aib orang, kesalahan orang, ALLAH memerintahkan kita simpan baik-baik. BUKAN dedahkan.

Ok, saya bukan nak cerita pasal mengumpat hal orang, tapi saya mahu sentuh mengenai kritikan.

Usahawan Perlu Berani Terima Kritikan

Sebagai usahawan, kritikan daripada para pemerhati (baca: tukang kritik) atau pelanggan yang tidak berpuas-hati haruslah diterima dengan terbuka dan tanpa ada rasa ‘terseksa’.

Dengar atau fahami kritikan mereka dan jika ada yang baik untuk kita, terima ia dan jadikan sebagai satu pemangkin untuk kita terus berusaha.

Cuma, jangan terlalu habiskan banyak masa dengan kritikan-kritikan yang negatif. Jangan terlalu layan mereka.

Jenis-Jenis Kritikan

1. Kritikan Membina

Kritikan jenis ini amat membantu. Biasanya ia disampaikan dengan beradab dan berfakta.

2. Kritikan Negatif

Biasanya disampaikan dengan emosi yang negatif. Malah terkadang ia bersifat serangan peribadi dan yang lebih teruk, sebahagian kata-kata kritikan adalah tidak betul.

Jadi, jika kita ingin mengkritik orang, kritiklah dengan cara yang baik. Jika tidak puas hati, bawa berbincang dengan orang yang kita tidak puas hati tersebut. Sebaliknya, bukan dihebohkan di sana sini. Ia bukan jalan penyelesaian yang bijak.

Kembalikan Segalanya Kepada ALLAH

Sebagai seorang muslim, kita sebenarnya sudah mempunyai sumber kekuatan yang abadi iaitu ALLAH. Inilah sumber motivasi yang teragung.

Selagi mana kita ada perasaan takut terutama kepada manusia, ia mungkin boleh dimengertikan bahawa ALLAH belum betul-betul ada di dalam hati kita.

Dekatkanlah diri dengan ALLAH agar hati kita yakin padaNYA 100% dan insyaAllah, kita akan menjadi seorang yang berani berhadapan dengan makhlukNYA yang tiada apa-apa daya dan kuasa.

Firman Allah di dalam Al-Qur’an: “Mereka sekali-kali tidak dapat membahayakan kalian, selain hanya berupa gangguan saja“. (Ali ‘Imran: 111).

Nah, ALLAH sendiri menyatakan manusia tidak dapat berbuat apa-apa. Maka mengapa kita masih takut kepada mereka?

Tiada sebab untuk kita takut selagi mana kita melakukan benda yang betul. Teruskan usaha, fokus pada kerja. InsyaAllah, walhasilnya kita menjadi seorang hambaNYA yang tidak menyia-nyiakan hidup ini.

Tolak Kritikan atau Serangan Peribadi Secara Baik

Allah memberikan panduan bagaimana cara terbaik untuk menolak kejahatan manusia terhadap kita:

“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara lebih baik, maka tiba-tiba orang yang ada permusuhan antaramu dan antara dia seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Fushshilat: 34-35)

“Maka bersabarlah kamu seperti Ulil ‘azmi (mereka yang mempunyai keteguhan hati) dari rasul-rasul telah bersabar.” (Al-Ahqaf: 35)

“Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) Rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka bersabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami kepada mereka.” (Al-An’am: 34)

Pelajaran:

1. Tolak kritikan dengan cara baik.

2. Bersabar

3. Orang yang baik ada sifat sabar

4. Yakin dengan pertolongan Allah (berdoa dan berharap)

Jangan Hilang Punca

Seorang muslim solat lima kali sehari (solat fardhu). Tetapi terkadang mereka hilang punca, risau, takut dan sebagainya. Maka boleh dikatakan solat itu belum terkesan sepenuhnya untuk diri mereka.

Seperti yang diperkatakan di atas, ALLAH adalah sumber dan punca kekuatan yang abadi. Segala apa yang berlaku, rezeki, kebaikan, keselamatan, semuanya datang daripada ALLAH.

Jadi mengapa perlu hilang punca padahal Allah itu sentiasa ada?

Sebagai seorang muslim, kita perlu usaha agar Allah sentiasa ada di dalam hati kerana perjalanan hidup yang sebenar pun adalah menuju kepada Allah jua..

Formula Kejayaan

Tak guna ada hati yang teguh dan tak guna mempunyai keyakinan kalau tidak melakukan tiga perkara berikut di dalam usaha perniagaan:

1. Perancangan yang BETUL

2. Usaha BERSUNGGUH-SUNGGUH

3. Fokus SEPENUHNYA

Lakukan sahaja apa yang perlu dilakukan. Jangan terlalu risau dan jangan meluangkan masa yang banyak melayan kritikan.

Lakukan Saja..

Jika anda melakukan perkara yang betul, maka anda ada hak untuk melakukannya.

“Lakukanlah sahaja apa yang kamu ingin lakukan. Kalau kamu lakukannya, kamu akan dikritik. Malah kamu juga tetap dikritik kerana tidak melakukannya.”

Semoga kita semua menjadi usahawan yang memiliki hati yang teguh.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...






Makluman Produk Resell Rights SmartUsaha.com

14 11 2008

Makluman Ringkas:

Kepada para pembaca blog SmartUsaha,

Jika anda berminat untuk mengetahui atau mendapatkan produk-produk terbaru SmartUsaha.com, silakan mendaftar diri di LIST SmartUsaha.com:

http://smartusaha.com/vip

Hanya perlu daftar dan tunggu emel makluman daripada saya setiap kali ada produk terbaru.

Pastikan emel saya masuk ke Inbox. Jika masuk ke folder Spam/Bulk, sila unspamkan dengan remove ke Inbox agar sebarang emel mendatang daripada saya terus ke Inbox anda.

Sila daftar sekarang agar tidak terlepas sebarang makluman:

http://smartusaha.com/vip

Sekian, terima kasih.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...






Page 1 of 16112345678910»...Last »