panduan blog 7 blogger
 


 

 

 


"Ketahui dan Pelajari Beberapa Perkara Penting Daripada 7 Orang Blogger Malaysia"

 

Daripada: Mohd Zulfadli a.k.a SmartZuL

smartusaha
Usahawan Internet; Blogger
21 September 2007


Saudara/i Sekalian,

Ramai yang ingin menceburi bidang 'blogging' di kala ini. Ia dapat dibuktikan dengan kelahiran ribuan blog dalam sehari tetapi yang lahir itu terus hilang tak terjaga. Ramai yang minat, ramai yang mahu, maka mereka pun mencubanya...

Tetapi, mereka tiada panduan yang bersistematik dan langkah demi langkah. Mereka menceburi bidang blogging atas dasar ingin mencuba, "mana lah tahu, nasib aku baik...". Ada juga yang membina blog dan kemudian tidak tahu untuk menulis apa. Malah yang paling kroniknya di saat awal lagi mereka tak tahu nak tulis apa, "aku nak tulis pasal apa ni?".

Di kisah yang lain iaitu bagi mereka yang sudah pun mempunyai blog, mereka tidak tahu bagaimana cara mengekalkan blog agar sentiasa dikemaskini dan mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan pelawat ke blog mereka. Boleh dikatakan, blog mereka mati segan, hidup tak mahu...

Sebenarnya, ada satu cara mudah bagaimana untuk mendapat idea dan inspirasi, ataupun panduan secara percuma. Caranya adalah:

"Melawat blog sedia-ada terutama mereka yang berpengalaman dalam 'blogging' dan contohi apa yang mereka lakukan untuk blog mereka. Kemudian, lakukan untuk blog anda"

Ya, ramai yang hanya melawat blog orang lain tanpa melihat bagaimana designnya, button apa yang ada, plugin apa yang diguna-pakai dan bagaimana cara penulisannya di blog mereka.

Namun, jika hanya melawat, ia belum memadai sehinggalah anda bertanya sendiri kepada pemilik blog tersebut, bagaimana beliau menulis, bagaimana cara mereka mendapatkan trafik, bagaimana mengekalkan minat menulis dan sebagainya.

Untuk itu, saya di SmartUsaha.Com telah menemuramah 7 orang Blogger (sudah semestinya orang Malaysia) untuk bertanyakan mereka 7 soalan mudah dan dengan itu terhasillah sebuah ebook yang bertajuk "Interview Bersama 7 Blogger Malaysia".

Tujuh perkara telah disoalkan kepada mereka dan jawapan yang diberikan begitu berinformasi sekali:

1. Latar belakang mereka. Anda akan melihat bahawa, blogger bukan hanya orang pandai komputer, bukan hanya orang bisnes, malah sesiapa sahaja boleh menceburi bidang 'blogging' atau memiliki blog sendiri hatta anda adalah seorang tukang masak nasi lemak atau si tukang jahit.

2. Mereka ditanya kenapa mereka menggunakan Wordpress dan mengapa tidak yang lain? Di dalam ebook interview ini, anda akan mendapat jawapan mereka akan persoalan ini. Mereka akan menyatakan keistimewaan sistem blog Wordpress yang mungkin anda persoalkan selama ini.

3. Satu teknik mendapatkan trafik (pelawat) ke blog mereka. Mereka akan kongsikan satu cara bagaimana mereka mendapatkan pelawat ke blog mereka.

4. Mereka ditanya, adakah memasang blog Wordpress itu susah? Jawapan kepada persoalan ini akan menjawab segala 'tuduhan' salah yang mengatakan memasang blog Wordpress itu susah...

5. Soalan cepu emas: Bagaimanakah cara mengekalkan blog yang telah dibina agar terus ada pelawat dan sentiasa dikemaskini? Persoalan ini adalah hidup dan mati blog anda. Daripada 7 orang blogger yang ditemuramah itu, boleh dikatakan mereka mencadangkan satu cara iaitu ______________.

6. Mereka berkongsikan matlamat mereka mewujudkan blog mereka itu. Dari sini, anda boleh ketahui "mengapa sesuatu itu dilakukan...", maksudnya ADA MATLAMAT & TUJUAN. Pelajaran di sini, blog anda juga mesti ada tujuan. Pelajari daripada mereka, kenapa mereka wujudkan blog. Suka-suka? Buat duit? Kongsi ilmu? Dapatkan jawapan mereka di dalam ebook "Interview bersama 7 Orang Blogger" di laman web ini.

7. Adakah mereka menjana pendapatan melalui blog? Boleh dikatakan mereka ada menjana pendapatan melalui blog dengan cara tertentu bahkan telah begitu berjaya. Malah ada yang membina kredibiliti melalui blog.


Item Tambahan 1:
"Video 7 Blogger"

Bersama e-book Interview, ia disertakan dengan sebuah video yang memaparkan blog-blog milik 7 orang blogger tersebut untuk panduan anda:

video percuma

         

video kit blogger

Di video tersebut, akan dinyatakan serba-sedikit mengenai blog yang dipilih sebagai rujukan dan panduan anda. Di akhir video, beberapa tips blogging akan diberikan.


Item Tambahan 2: "Apa Kata Mereka?"

Bagi memantapkan keyakinan anda akan sistem Wordpress yang digunakan untuk membina blog, maka disertakan himpunan kata-kata mereka yang sudah lama dan juga yang baru menggunakan sistem Wordpress.

Setelah membaca kata-kata mereka itu, anda pasti akan yakin bahawa sistem Wordpress amat mudah digunakan.


Item EXTRA: "Projek XXX"

Kami terus-menerus akan melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk anda. Projek 7 Blogger ini adalah umpama pembuka tirai (permulaan). Anda akan mendapat banyak lagi item-item yang berguna dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

DOWNLOAD SEKARANG!

Usah berlengah lagi, download Ebook "Interview Bersama 7 Orang Blogger" dan juga Video tersebut sekarang juga. Klik pada button di bawah:

download ebook percuma

 


Sahabat Ebiz Anda,

smartzul
Mohd Zulfadli bin Suddin
http://www.smartusaha.com
http://bloggingsteps.com/tips

 

Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.Com 2007

 
panduan wordpress 7 blogger